Friday, January 6, 2017

Pameran Solo : Rat Heist | Sick My Duck II The Flying Circus


Pameran Solo : Rat Heist | Sick My Duck II The Flying Circus dalam satu perspektif separa nostalgik, juga dengan imajan propaganda sosial realis dalam bentuk yang lebih dominan diantara memori ruang individual dan dalam masa yang sama menyentuh hal-hal berkaitan kepentingan kelas-kelas pemerintah dan rakyat. Melihat dan merakam bagaimana kumpulan minoriti menyatakan rasa tidak bersetuju dalam posisi yang sudah tersedia ada, diantara rasa–dikecam-menolak-atau dipersoalkan. 

Eksplorasi seni oleh Rat dari grafiti ke seni arca dan kini terus kanvas adalah  seiring dengan idelogi dan musik  punk  yang menjadi inspirasi beliau dalam berkarya. Didalam ruangan karya seni kritikan sosial  yang berkisar  isu-isu subbudaya perihal kaum kelas-kelas masyarakat yang masih wujud, impak sosio ekonomi selain dari hanya sekadar makna musik  bingit dan chaos.

‘Pada zaman 70-an Penyataan dan kepercayaan ‘seni untuk seni’ yang dinyatakan oleh pengkarya pop telah mengakhiri dan menggantikan kepercayaan muzik zaman 50-an dan hasil daripada pertembungan budaya perlawanan dizaman 60an.
Patti Smith mengambil pandangan ini dengan satu langkah lebih lanjut; dalam melihat  musik rock sebagai satu bentuk seni yang menggantikan puisi, lukisan dan arca dan beliau menafikan seperti yang dinyatakan oleh Andy Warhol; seni adalah hanya satu bentuk perniagaan, malah ekspresi  muzik adalah satu  luahan yang  lebih bersifat communal/komuniti dan spiritual rohani .’
Rock my religion, dan graham,video art, 1984

Penyataan diatas adalah dari karya Dan Graham iaitu  adalah diantara pengkarya seni visual yang terawal yang melihat bagaimana pengaruh  music punk dan seni visual pada zaman 70an. ‘Rock my religion’ banyak menjelaskan tentang bagaimana musik punk bukan sekadar satu hiburan tetapi ianya menjadikan satu kepercayaan dan pengaruh kumpulan-kumpulan masyarakat yang merubah perspektif politik semasa dengan memberi ruang berekspresi kepada golongan muda dan kaum buruh. 

Separa ceritera | separa cinta

Sit On My Face (Ode to Ros Cirda)
acrylic on MDF board 
66 x 43 cm
2016




photo credit: Rat heist(artist) &Run Amok Gallery
Garisan dan warna atas kanvas menjadi senjata menolak lupa. Dalam melihat kerja akhir karya yang akan bergantung di dinding, saya lebih selesa dalam berkongsi tentang proses berkarya dan setiap titik kerja yang menjadikan ianya tampak sempurna. Menjadi pengkarya seni juga bukan sahaja menjaja gula-gula untuk merasa segalanya sempurna dan selesa. Pengkarya seharusnya jujur dalam merespon isu semasa dan bagaimana hal ini boleh berinteraksi melalui medium seni. 

Dengan secawan kopi, ceritera ini bermula…
Saya berpeluang dalam melawat ruang kerja Rat dimana karya-karya ini dihasilkan. Jangkaan yang mana saya mungkin dapat melihat kanvas-kanvas berwarna bergantung dan ruang studio yang selesa. Dan hal ini tidak terjadi sama sekali. Tetapi apa yang saya jumpai adalah satu ruang kerja yang sempit, sendat dalam satu  ruang kerja dan bilik personal. Ruang ini sebenarnya yang benar-benar memberi inspirasi dalam pameran kali ini. Ruang yang menjadi cerminan diluar sana. Saya mempersoalkan kembali kepada hal-hal pengkarya menghasilkan karya. Adakah pengkarya kini sudah keluar diruang selesa untuk mencari inspirasi dalam berkarya? Dan bagaimana pengkarya berhubungan dengan pengalaman dan kefahaman sendiri dalam berkarya melalui persepsi hal-hal yang lebih bersifat minoriti ? Termasuklah  dari hal-hal yang masyarakat atau pemerintah terlepas pandang ataupun cerminan pandangan individual dalam skop yang lebih umum ? Adakah kita benar-benar mempraktiskan dan meraikan hak kebebasan dalam berkarya dan bersuara dalam sistem yang kita diami sekarang?

Pameran solo Rat Heist | Sick My Duck II : The flying circus  kali ini, menyentuh pelbagai isu yang difahami dengan cara dan imajan yang lebih rapat dan familiar yang mana kadangkala kita terlepas pandang untuk meletakkan makna. Menyingkap persoalan bagaimana posisi diri yang diletakkan  adalah berkisar di ruang dan waktu yang berbeza.  

Perbualan dengan secawan kopi petang itu menyingkap dari satu hal yang lebih umum dan kadangkala ianya lebih intimasi. Dari persoalan saya tentang musik punk dan ideologi , berlangsung kepada pandangan Rat tentang pemilihan imej dalam berkarya,  menyingkap semula tahun-tahun sebelum Rat mulai kerkarya dan secara perlahan-lahan tentang Rat dan hubungan keluarga terutamanya kejauhan Ros Cirda. Inspirasi dan ide dalam pameran kali ini, dilihat sebagai satu eksplorasi memori dalam ruang individu dan bagaimana pengkarya merespon kepada sosial kritik tempatan yang lebih besar dalam susunan pengalaman personal.  

Bermula dengan karya ‘Pagliacci first joke’ dengan imajan karakter superhero dan watak utama dari komik Watchmen dengan perletakkan warna yang lebih contrast dibelakang dan  satu imej figura espressi  yang tragic di ruang hadapan. Dengan tajuk ‘Pagliacci first joke’ yang mengingatkan kembali kepada humor dari komik –The clown (Pagliacci)1998, tetapi karakter yang diterjemahkan adalah masih disekitar ruang memori pengkarya yang sedang berlangsung.  

Pagliacci First Joke
acrylic on canvas
91 x 91 cm
2016



photo credit: Rat heist(artist) & Run Amok Gallery


Malah dalam penggunaan komik dan unsur humor dalam perletakkan imej berkarya, mengingatkan kembali sebagaimana penyata pengkarya  Lichtenstein pada 1963 – 
‘Watak hero yang digambarkan di dalam komik adalah unsur watak fasis yang tidak pernah saya ambil serius dalam berkarya –mungkin ini adalah satu penyataan bahawasanya watak itu sendiri tidak perlu diambil peduli dalam satu penyataan dan pandangan politik. Saya menggunakan watak ini hanya sekadar alasan  formal semata-mata, dan itu bukan kerana makna sebenar wira yang diciptakan…’

Karya ini dilihat seperti cerminan kepada ruang politik yang berlangsung kini bagaimana wira-wira yang dilihat handal dan ingin memperjuangkan hal-hal masyarakat hanyalah satu dongengan dan humor yang hanya memenuhi lanskap kehidupan sebenar. Sejauh mana masyarakat sedar tentang perjuangan hidup yang hal sebenarnya bukanlah hanya bergantung kepada beberapa individu yang beraksi sebagai wira penyelamat. Malah bagaimana kumpulan masyarakat seharusnya sedar tentang hak-hak dalam memperbaiki kehidupan dan kelas-kelas masyarakat yang masih tertindas.

Berbalik kepada naratif karya yang dipamerkan, dari perspektif pengkarya didalam merespon hal-hal berkaitan sistem, malah dalam posisi hubungan kemanusiaan dan kekeluarga turut di kongsi bersama. Kepelbagaian medium yang diolah dan dipamerkan seperti medium kain batik sebagai gantian kepada penggunan kanvas, tanda jalan, penghadang jalan menjadikan pameran ini lebih bermakna. Perletakkan imej dan makna dari persepsi pengkarya  sedikit sebanyak mengingatkan kita tentang medium dan bahan ini adalah perkara yang selalu dilihat tetapi tidak pernah diambil peduli. Selain daripada itu juga , imej burung gagak adalah diantara yang menjadi ulangan simbolik buat pengkarya dalam meletakkan imej dalam beberapa karya kali ini. Satu perspektif survival dan gagak adalah diantara hidupan terpinggir yang selalu menjadi buruan manusia. Ternyata pameran kali ini Rat banyak melihat semula ruang dan pengalaman yang beliau fahami untuk dikongsi bersama. Proses berkarya dan menumbuhkan ide berkarya yang bukan sekadar rekaan malah ianya satu kefahaman yang pernah dijalani dalam pandangan artistik.

Ikan (L)emas, Ikan (C)emas, Ikan (K)emas
acrylic on stretched batik sarong

61 x 61 cm

2016


photo credit: Rat heist(artist) & Run Amok Gallery

Construct
acrylic & marker pen on plastic road barrier,
79 x 120 x 25 cm
2016

photo credit: Rat heist(artist) & Run Amok Gallery


Malah yang lebih jelas, Ros cirda- adalah bunga merah   yang senantiasa menjadikan pameran ini lebih bermakna…  


Intan rafiza.



Wednesday, September 9, 2015

Seni Melawan

# penulisan ini telah di tulis pada May 2015. Ianya menyokong hak kebebasan bersuara kaum buruh yang turun ke jalanraya pada demostrasi #kitalawan yang telah dianjurkan. Melihat gerakan rakyat kaum buruh yang turun ke jalan sebagai satu tanda rakyat telah mulai ada kesedaran dalam mengangkat hak asasi manusia dalam bebas mengutarakan pandangan dan berekspresi untuk kehidupan yang lebih baik. 

Seni Melawan 
1 Mei akan menjelang tidak lama lagi. Meraikan hari buruh adalah satu tarikh penting dalam mengiktiraf dan memperingati sumbangan buruh yang berusaha dalam membangunkan negara. Pengistiharan Hari Buruh  sebagai cuti tahunan telah kita sambut semenjak 1972 ini adalah tanda negara Malaysia  telah bersetuju dengan keputusan konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan perkara-perkara yang telah di nyatakan dengan perihal hak pekerja.
Dalam memahami dan menikmati Hari Buruh yang bukan sekadar cuti berehat, malah  melihat semula sejarah Hari Buruh dan menghargai posisi sebagai pekerja adalah perspektif penting harus dipandang secara wajar. Bermula dengan gerakan kesatuan pekerja di Eropah pada abad ke 18 yang memperjuangkan hak waktu bekerja sehinggalah perkara-perkara lain yang melibatkan status kearah kebaikan kebersamaan buruh.
Menyedari situasi pembangunan negara yang sejajar dengan kesedaran hak pekerja, kepentingan Hari Buruh ini sepatutnya dipandang sebagai satu peluang yang besar buat kita semua. Menjadi tunjang negara yang membangunkan ekonomi, sosial dan politik bukanlah hanya d itangan pemimpin, tetapi ianya adalah digerakkan oleh para buruh dalam negara itu sendiri. Lihatlah sejarah yang pernah di catatkan sebelum ini, bagaimana kumpulan dan kesatuan buruh ini telah merubah pesepsi dunia perihal menjadi ruang bekerja yang lebih baik.
Malah kita lihat pula bagaimana seni itu sendiri merubah corak pemerintahan. Lihat bagaimana kuasa buruh seni telah menjadi titik tolak perubahan pemerintahan. Contohnya di Kota Gwangju, Korea iainya adalah salah satu kota yang di isytiharkan oleh UNESCO sebagai kota yang mengangkat pergerakan Demokrasi yang pernah mencatatkan sejarah perubahan keadaan sosial dan ekonomi melalui suara rakyat yang turun di jalanraya demi kebaikan dan perubahan negera mereka kini. Dan diantara pejuang  hak buruh dan rakyat pada waktu itu adalah mahasiswa , pekerja seni dan pengkarya seni tempatan itu sendiri. Mereka turun ke jalanraya, membawa sepanduk dan beraksi dalam menjatuhkan pemerintahan ditaktor pada waktu itu.
 Hong Song Dam adalah diantara pengkarya seni yang memperjuangkan hak rakyat pada ketika itu. Senjata beliau yang merupakan karya seni turisan kayu (woodcut)  diatas kertas dan mural telah menyebabkan beliau menjadi tahanan Negara ketika pemerintahan diktaktor Chun Doo-Hwan. Aktivis seni dari pergerakan Seni minjoong ini ditahan kerana lantang mempamerkan imej-imej dan karya seni yang merespon dan menentang kuasa diktaktor pada waktu itu.
Ya, mungkin contoh diatas masih tidak cukup untuk kita semua ambil iktibar. Mungkin ada yang berfikir sejauh mana relevan cerita kuasa seni di zaman 80-an masih boleh diguna pakai pada zaman berteknologi tinggi ini. Tetapi, dalam keadaan berhadapan dengan kuasa yang di salahguna oleh pemerintah kini, kita sebagai buruh seni harus ambil melihat semula posisi seni dalam kehidupan harian. Tekanan sosial, ekonomi dan politik bukanlah masalah individu lagi. Persoalan menjalani kehidupan yang keluar daripada prinsip demokrasi adalah tanggungjawab bersama untuk kita perbetulkan. Tidak kiralah kiamat akan datang esok atau seribu tahun lagi. Dan ini bukanlah lagi untuk kita, ini adalah untuk masa depan anak anak dan negara.    
Dan sebagai seorang yang buruh seni yang percaya kepada kuasa seni dalam menjadikan dunia lebih baik,  Hari Buruh kali ini perlu diraikan sebaik mungkin. Persoalnya adakah kita buruh seni menyedari bahawasanya kerja seni itu sebagai satu penggerak negara? Adakah seni yang di kongsi bersama memberi kesan kepada ekonomi, politik dan sosial negara? Cerminan atau sumbangan penting? Atau hanya sekadar memenuhi masa terluang dan keterpaksaan untuk meneruskan hidup kerana tiada pilihan lain?  
Sekiranya seni itu hanya dilacurkan untuk menjadi candu untuk kebahagiaan yang sementara, yang mana kini lapangan seni tampak di Malaysia kini sudah mulai bergerak ke arah yang lebih komersial, tetapi adakah buruh seni itu sendiri menyedari yang karya seni itu sendiri adalah medium yang lebih lantang dari senjata api? Sekiranya kalian merasakan dalam soal merubah kebaikkan negara bukan tugas orang seni malah tidak boleh menerima bahawasanya kalian adalah buruh seni di negara ini, maka dimana sebenarnya posisi kita?
#kitalawan untuk tahun ini bukanlah suatu yang asing buat anak muda di Malaysia. Melalui perspektif seni, #kitalawan bukan sekadar membawa agenda politik, malah kuasa turun di jalanraya kali ini dengan membawa medium seni. Ada sepanduk, prop figura, lukisan dan juga musik perihal permasalahan rakyat kini.  Meraikan hari buruh kali ini yang berdepan dengan ketidakadilan pemerintahan, kita tawarkan langkah perubahan untuk masa depan negara.
Sekiranya diwaktu sekarang, kita diantara buruh seni yang gigih bergiat untuk memperjuangkan nasib sendiri, berharap agak politik dan ekonomi kita berubah tanpa campur tangan seni, ada yang lain akan ambil alih tanggungjawab ini. Kerana seni itu sudah ada dalam diri masing masing-masing dan  ianya boleh jadi alat malah boleh diperalatkan. 
Ayuh buruh seni! Kali ini kita turun ke jalan raya. Kita raikan 1 mei 2015 sebagai satu hari yang bermakna untuk perkembangan sejarah seni kita. Biar berus dan warna lantang untuk berada di ruang sebenar. Kali ini imej kita tidak membisu lagi, nilainya lebih dari berjuta ringgit, laungkan seni untuk rakyat. Kesaksamaan #kitalawan kita teruskan!
may2015.


  

Tuesday, July 15, 2014

BETWEEN GOD AND THE BODY 

“When God took the clay from mother earth HE made a body that was without soul in fact after which he breathed life into it and invoked the creative force from the left rib cage...

Jegananthan Ramachanram is an artist who has been involved in the Malaysian and International arts scene for 32 years. To be honest, I have not had a chance to be personally acquainted with him. However, as I am the art curator at the National Art Gallery I understand his artwork 'Fall Out Of The Garden Of Life (1998) which has become part of our national collection. So when I was asked to write and share my views on his solo exhibition 'Mirroring The Center…the science of positive vibrations, which incidentally is his 10th solo exhibition, I took it as an honor and privilege.

Its very ironic to understand part of the pleasure that is shared through his paintings. Man can only appreciate light when he is in a place of darkness, to appreciate the joys of food when he has no choice but to hold back the yearnings of hunger and to appreciate happiness when having passed a time filled with sadness. Understanding the meaning of the creator by understanding the creation... this is how he mirrors his process of creation through his artworks.

I see love and compassion in all his artworks…

Ganesha, women, the heavenly peacock, the heavenly gardens, light... these are the images that Jeganathan includes in his artwork. If men use weapons like the blade, the spear and gunpowder, to attack and wage war, his arsenal of love and images in this artwork, creates an impact on the movement of humanity and peace.
Muruga 1
  The 18th century romantics at that time, used art, literature and the intellect as a movement (Romantic Art) in reaction to the real world's industrial revolution and the social upheavals of that time aimed at the bourgeois in terms of social norm and national politics. Through the poetry and art of William Blake one could see how these artworks served as a symbolic reaction to the French Revolution and slavery in America by protesting against slavery and inspiring love and humanity.

However if we look at the works of Jeganathan both past and present – which includes his poetry and his visual work, the narrative is not just romantic, sensual, spiritual and religious. Using the axis where the sciences and religion come together, Jeganathan has the ability to critique as an artist who responds to his surroundings from the social, political and economic aspect.

His works 'The Guardian and the Angel' and 'The New World Unmasked' are amongst his works that uses the image of a woman in the composition as the subject matter to his artwork. If you look at “ The World Unmasked”, Jeganathan elevates the position of the woman in the capacity of a mother to a higher level as the shaper of future generation. With the composition featuring the woman balancing herself with arms out stretched whilst being upside down, it is clear Jegananthan has his own view on the matriarchal system both in society and social context. Just like his poem  - …and the child suckling the mother,… not only drinks milk but the very essence of life, in this world the mother no more loses her beauty, the artist lives art and the physicians saves lives… which ends with the verse that states… and there she was so majestic… that my sight bowed in reverence… the hen women in the silence call, woke my spirit. Through this piece Jeganathan looks at the situation and status of the mother in a place where her surroundings is filled with pressure and impatience of numerous conflicts and societys everyday activity.

According to the scholar Johann Jacob Bachofen who lifted the status of the mother in his book called 'Mother Right', Bachofen analyses the myth and symbols of the Romans, Greeks and Egyptians of ancient times, from history of the world to the new patriarchal structures in society. Through history and the norms of the world an understanding of the role of the mother as key for the building of society and its culture. Its here that the mother is the leader of the family, the governor and a great goddess. Bachofen also believes that matrichal societies are the earliest forms of democracy where the love and comfort from a mother is one of the main moral principles, with this moral standard beginning from birth, as the person grows up and until it forms a societal group both in the populous and the social structures. In fact, from Bachofens research the mother has a role in the formation principles of motherhood and fatherhood and has a connection with human evolution. A mother's love is the seed that grows  love and altruism, and has a base in the growth of universal humanism. A mother loves unconditionally ..

Also looking at his other artworks like  “Akash Ganesh, Muruga  and  Window Within Time “ shows the gods who symbolically bring light to life and nature in protecting man through the stories and narrative that is a reflection of the teachings of Hinduism.

Mirroring the Center… the science of positive vibrations by Jeganathan will offer a different perspective when seeing the artworks created. Apart from the beautiful images, the narrative, the colors, composition, the usage of lines that seem to glow is an interesting concept in his work. This ‘lightin his artwork seem to resonate with energy around the arranged images, that indirectly brings the viewer along on the narrative.

Without being obsessive, there are too many things that I am unable to put into words in this piece. Whatever the theory or comparison that come from Jeganathan's work I feel there is an energy that exudes love and comfort for humanity. Blissful Raga that comforts the soul.

intan rafiza

DIANTARA TUHAN DAN TUBUH.

“ Sewaktu tuhan mengambil tanah dari perut bhumi, lalu  DIA mencipta sebatang tubuh tanpa jiwa, malah selepas itu ditiupkan nyawa, jiwa dan kau diberi berahi ciptaan dari rusuk kiri…”

Jeganathan Ramachanram adalah salah seorang pengkarya seni tanahair yang sudah hampir 32 tahun berkecimpung didalam dunia seni Malaysia dan antarabangsa. Sejujurnya saya tidak pernah berkomunikasi dengan beliau sebelum ini, malah menjadi pekerja seni sebagai kurator di Balai Seni Visual Negara, saya lebih kerap bersua dengan salah satu karya beliau yang menjadi koleksi tetap negara yang bertajuk ‘Fall out from the garden of life (1998)’ . Dan apabila saya diberi peluang  untuk menulis dan berkongsi pandangan tentang pameran ‘ Mirrorring the center yang mana ini adalah pameran solo beliau buat kali yang ke -10, saya merasakan ianya  satu tanda penghormatan dan peluang yang amat saya hargai.

“Terlalu ironik untuk memahami sebahagian dari nikmat yang diberikan. Manusia yang boleh menghargai cahaya apabila dia pernah berada di ruang yang sangat gelap dan hitam, enaknya makanan apabila dia mengikat perut untuk menahan lapar, kegembiraan apabila dia pernah melalui satu masa yang penuh dengan derita. Dan makna pencipta dengan memahami ciptaannya… inilah cerminan pada setiap perkara dan kejadian.” 

 Saya melihat kasih sayang.

Ganesha, Perempuan, merak kayangan, taman syurga, cahaya… adalah diantara imej yang diletakkan oleh Jeganathan dalam berkarya. Sekiranya senjata manusia untuk menyerang atau berperang adalah pisau, belati atau senapang, saya pasti dengan bersenjatakan kasih sayang dengan imej yang diutarakan  dalam karya ini cukup kuat untuk membuktikan kemanusiaan dan keamanan adalah subjek utama dalam menghasilkan karya seni beliau.

Sebagaimana dalam karya-karya di era romantism pada abad ke 18, yang mana pada waktu itu, pergerakkan seni romantik merupakan satu gerakan seni,sastera dan interlektual adalah reaksi dalam bidang kesenian kepada revolusi perindustrian dan pemberontakkan terhadap para bangsawan dalam norma-norma sosial dan politik negara. Melalui puisi dan karya seni William Blake, dapat dilihat bagaimana pada waktu itu seni dalam era romantism bertindak balas secara simbolik terhadap revolusi Perancis dan Amerika dalam menentang sistem perhambaan dalam dalam berinspirasikan rasa cinta dan kemanusiaan.

Manakala sekiranya kita melihat semula karya-karya seni oleh Jeganathan sebelum dan sehingga kini - termasuklah karangan puisi disetiap karya visual yang beliau hasilkan, naratif pada setiap jalan cerita bukanlah sekadar romantis, sensual atau bicara tentang unsur agama atau ketuhanan. Dengan berpaksikan teoritikal bagaimana sains dan agama itu bersatu, Jeganathan mempunyai daya kritis sebagai seorang pengkarya seni dalam merespon keadaan sekeliling dari sudut sosial, politik dan juga ekonomi.

Karya The guardian and the angel dan  ‘ for the new world unmasked’ adalah diantara karya yang menggunakan imej  perempuan menjadi subjek utama perletakkan komposisi dalam karya. Seperti yang dapat dilihat dalam karya “for the new world unmasked’ , Jeganathan cuba mengangkat posisi perempuan sebagai ibu kepada satu peringkat yang lebih tinggi dalam pembentukkan generasi akan datang. Dengan komposisi figura perempuan yang mengimbangi tubuh dalam keadaan terbalik dengan kedua belah tangan, nampak jelas bagaimana Jeganathan melihat dan punya pandangan tersendiri berkenaan sistem matriarkal dalam kelompok masyarakat dan sosial. Seperti mana didalam puisi beliau - …and the child suckling the mother,… not only drink milk but the very essence of life, in this world the mother no more loses her beauty, the artist lives art and the physicians saves lives…  dan diakhir perenggan puisi beliau ada menyatakan …and there she was so majestic…that my sight bowed in revence…the hen women in the silence call, woke my spirit. Melalui puisi ini, Jeganathan melihat keadaan dan status ibu dalam satu ruang yang mana disekelilingnya yang menjalani pelbagai aktiviti yang menekan dan mendesak dengan pelbagai  konflik dan aktiviti harian masyarakat. 

 
for the new world unmasked



Menurut penulisan dari ilmuwan Johann Jacob Bachofen yang mengangkat darjat ibu dalam buku beliau yang bertajuk Hak Ibu (Mother Right) , analisis Bachofen terhadap mitos-mitos dan simbol bangsa Romawi, Yunani dan Mesir yang terdahulu dari sudut struktur patriarkal dalam masyarakat melalui sejarah peradaban dunia adalah satu kefahaman baru yang mana dari pandangan beliau, peranan ibu adalah satu  permulaan yang penting pembentukkan masyarakat dan kebudayaan. Seperti mana dapat dilihat ibu menjadi ketua keluarga, pemerintah dalam struktur masyarakat dan juga dewi agung. Dan Bachofen percaya bahawasanya masyarakat matriarkal merupakan demokrasi paling awal dimana cinta dan kasih sayang dari seorang ibu merupakan salahsatu prinsip moral yang utama bermula dari melahirkan, membesarkan dan sehinggalah membentuk kelompok masyarakat dan struktur sosial. Malah dari kajian Bachofen, ibu mempunyai peranan dan prisip keibuan dalam pembentukan dan peranan kebapaan adalah berhubung dengan evolusi manusia. – kasih ibu adalah benih yang tumbuh dari setiap cinta dan altruisme (amalan mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri) dan ianya menjadi dasar kepada perkembangan humanisme universal. Ibu mencintai anak-anaknya kerana mereka adalah anak-anak bukan mereka harus memenuhi syarat tertentu dan mengharapkan sesuatu. 

Selain daripada itu juga, karya Akash Ganesha, Muruga 1, Window witihin time, dan beberapa lagi memperlihatkan dewa dewi simbolik yang membawa cahaya kepada kehidupan dan seluruh alam dalam melindungi manusia melalui penceritaan dan naratif  dari cerminan ajaran Hinduism.

Pameran Mirroring the Center oleh pengkarya Jeganathan juga membawa pendekatan berbeza kepada penonton dalam melihat karya seni  yang dihasilkan. Selain daripada imej-imej keindahan dan naratif penceritaan, warna,komposisi dan olahan garisan yang kelihatan seperti bercahaya dari sisi yang berbeza memperlihatkan bagaimana konsep cahaya yang cuba di lakarkan dalam karya seni. Cahaya yang dihasilkan dalam karya sepertinya membentuk tenaga disekeliling imej yang disusun dan secara tidak langsung ianya membawa penonton ke dalam naratif penceritaan yang seakan-akan bergerak bersama cahaya yang di hasilkan.  

Terlalu banyak ketaksuban yang tidak mungkin saya boleh kongsi bersama dalam penulisan kali ini. Tetapi walau apapun teori atau perbandingan yang mungkin boleh dijangkakan dari karya-karya seni yang Jeganathan hasilkan, saya masih merasakan satu tenaga yang mungkin digambarkan adalah segalanya tentang kemanusiaan dan rasa cinta dan kasih sayang. Seperti indahnya alunan Raga yang dimainkan dan terus mendiami jiwa.. 
intan rafiza.