Thursday, November 5, 2009

ptpt-pop-pop...la-lallaaa



PTPTN...
huh...semalam kawan baik ku ina balik dengan kecewanya ke rumah aku setelah seharian dia berada di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk selesaikan kes ptptn@ptpt-pop-pop...
Aku rasa dah lebih sebulan kawan aku bercerita tentang kerisauannya hal ptptn yang serabut ni dan akhirnya ambil keputusan untuk mengaku bersalah di mahkamah hari semalam.Malang nya yang dah lama aku berbau...aku dah agak ini akan terjadi.Dari jam 2 hingga 7 malam..kawanku masih di ruang bawah tanah Mahkamah tinggi menunggu giliran untuk pengakuan.Tetapi bila hampir jam 7 malam,baru di beritahu yang fail beliau hilang dari simpanan.LOgik tak?

hahahahaha...macamana korang boleh kesan para pemiutang melalui online tetapi info pemiutang tiada back up save?Aku tidak lah nak memenangkan pemiutang yang tertindas ni..yang mana agak beremosi di sekat dari keluar negara sememangnya membuatkan aku bengang jugak la..tapi pada pandangan rakyat biasa,logik tak kalau satu badan besar yang berkaitan dengan perundangan besar melayani rakyat sedemikian rupa?fikir tak mereka yang cuti untuk sehari rakyat untuk melahu di mahkamah boleh mengganggu ekonomi sahari dalam sebulan?

Ada beberapa gambar yang kawan ku beri lihat pada ku sempena hari berkumpulnya pemiutang ptptn yang baik hati ni..yang mana bersepah-sepah fail yang tersusun dilantai dan photo2 peguam yang memanggil fail mereka dengan isyarat tangan seperti ingin beli saham atau ikan kembong di pasar..!hah..nasib baik semalam aku tak temani kau ina...kalau tak lagi panjang tulisan ni kot.tapi sejujurnya,kalau aku ada semalam aku cari sendiri kot fail tu,then aku bakar depan diorang.. ;p kali tu baru betul2 hilang..hahahaha..

memang lah sattle kan hutang ni perkara wajib,tapi tak logik la kau mintak 30ribu sedebab..masa kau beri aku duit dulu pun,tak pon sedebab..ishh....terpaksalah esok beli nombor ekor,mana tau untung batu tenggelam,untung sabut timbul, kan? ;)