Wednesday, December 1, 2010

garisan


Pada 27 november 2010,aku diberi peluang untuk melakukan art performance sekali lagi di ruang Mapkl.Kali ini aku menggunakan kaki dan anggota badan yang lain untuk melukis yang mana imej nya kekaburan antara dua negara yang bagi aku secara personalnya amat rapat buat anak perempuanku.Dedikasi buat anak perempuan ku yang semakin membesar dan seperti kalian yang lain,beliau punya warganegara.Tetapi dalam umur yang sangat muda aku sebagai ibu diberi ruang dan tanda penghormatan untuk sarah memilih warganegara.
Kesukaran waktu mendaftar sebagai rakyat Malaysia masih lagi aku ingat bagaimana aku berdepan dengan sistem negara sendiri yang memerlukan banyak dokumentasi untuk menjadi warga Malaysia.Sehinggalah pada suatu titik aku menjerit di pendaftaran negara dan mengatakan aku akan mendaftar anak ku sebagai warga Amerika (nasionaliti papa nya) dan kakitangan pendaftaran mulai tenang dan berbincang untuk proses pendaftaran.Dengan denda yang tidak masuk akal,dan tanpa menjanjikan yang manis buat anakku yang baru menjadi warganegara.
Dan ini berlainan sekali apabila aku ke Embessy Amerika untuk bertanyakan tentang pendaftaran kelahiran anakku.Mereka menganggap ianya satu hal yang sangat penting.Mengingatkan aku tentang bagaimana penting pendidikan buat anak-anak dalam masa 18 tahun lagi.Dan sokongan kewangan yang kukuh sekiranya bapa kepada anak hilang atau meninggal dunia.
Sebagai seorang warganegara yang bagiku hidupku masih lagi di tanah ini,aku tidak ada pilihan untuk memilih perbezaan warganegara buat anakku.Sistem yang di pegang oleh Malaysia yang mana kita tidak boleh mempunyai 2 warganegara. Sekiranya anakku mempunyai warganegara Amerika, maka automatik lah warganegara Malaysia harus di lepaskan.
Kami memilih untuk pihak yang tidak menjanjikan yang manis.