Monday, October 26, 2009

obsesi



Maaf sekiranya obsesi ku pada anak sendiri menjadi-jadi.tapi anak dara ku semakin dewasa! ;)

Friday, October 16, 2009

tragedi

Bila seorang manusia yang tidak sempat memikirkan tentang hal-hal dunia yang lebih tragedi dari nasibnya,
Bagaimana nasib para mangsa peperangan yang kehilangan nyawa hari?
Tetapi amat sadis buatnya untuk setiap hari dia kehilangan nyawanya sendiri dan menangis di depan dinding putih tanpa rasa belas kasihan.
Bagaimana nasib mangsa penjara guantanamo yang terseksa di pagar besi?
Tetapi lebih tragik bagi nasibnya yang terkurung dalam badan sendiri yang mana jiwanya nazak di pukul setiap hari.
Bagaimana nasib perempuan-perempuan yang di bunuh tanpa alasan manusabah?
Tetapi lebih mengharukan baginya bila dia hanya digantung dan nyawanya disekat untuk di lepaskan.
Ini penyataan rasional yang sudah hampir kearah tidak rasional.

Sunday, October 11, 2009

Mother Teresa.


This is what i've done for 3-4 hours draw potrait with charcoal on paper.i have considered its done or maybe its need final touch up more 10%.i dont know..


Mother Teresa.


In 1979 she had win for the highest worldy level awarded: Nobel Peace Prize for her 'compassion without condescension'.Nearly after 20YEARS as a teacher in Culcutta,India .

Help India'sflood tide a poor,encompass more than 500 clinic,hospices,orphanages and the home for lepers,the mentally ill,and the aged.

this is what she respond to the nobel prize:

'Personally,I am unworthy.' 'I accept in the name of te poor.' then she requested that the customary banquet be canceled and the money donated to the needy.

Friday, October 2, 2009

Cakap-cakap:“Artists and Activists: Towards a Just Society”







Bagi seseorang yang berkarya secara visual apabila di minta untuk bercakap tentang karyanya secara verbal adalah sesuatu yang boleh dianggap rumit.Kerana bagi pendapatku,visual itu cukup untuk bercakap sendiri walaupun kadang-kadang visual itu bersifat bisu tetapi itu lah yang mahu dikatakan.membisu sahaja.itu juga dianggap dialog yang tanpa suara.
Semalam, 2 oct 2009, aku di jemput oleh Sisters In Islam (SIS) untuk berkongsi pengalaman dalam berkarya dan berkait nya antara medium visual seni dalam menyampaikan isu dan kaitan juga dengan golongan aktivis.Dalam tajuk besarnya adalah-“Artists and Activists: Towards a Just Society”.Berlangsung selama 2 jam lebih dan panel yang lainnya adalah Amir Muhammad (film maker),Hamir Soib (painter),Hariati Azizan (theater director) dan aku sendiri.Dan host buat bicara ini Fahmi Fadzil.

Pada pendapatku,panelist yang lainnyaadalah cukup pengalaman dan aku anggap mereka punyai dialog yang baik untuk audience pada waktu semalam.Perbincangan yang berkaitan medium dalam mengekspres kan diri melalui ruang lingkup aktivist sememang bagi ku boleh pelbagai sekiranya kita kreatif untuk menyampaikan isu yang mahu di ketengahkan.Dan untuk empat panelist ini,kami punya medium yang berbeza dan isu yang boleh ku anggap kan sama.Memperjuangkan sesuatu.Memperjuangkan hak asasi manusia,memperjuangkan hak wanita malah walaupun memperjuangkan diri sendiri!itu juga perjuang yang paling hampir.

Bila bercakap mengenai karya ku,sejujurnya aku terasa asing.Asing kerana aku bercakap yang berulang-ulang.Maksudku,karya ku bercakap dahulu bila imej ditunjukkan dan aku ulang lagi apa yang karya telah tunjukkan.Itu berbeza bila kita bercakap tentang teknik.Maksudku isu karya tersebut.Kadang-kadang penyataan yang di buat-buat harus diselitkan kerana aku sememangnya penghasil karya yang beremosi.Tak mahu aku lepaskan emosiku perempuan yang kadang-kadang menjadi lebih complicated.Cukuplah hanya karyaku menjadi mangsa emosi dan bukan manusia bernyawa.Dan bagi audience yang terasa marah dengan karya ku yang syok sendiri dan tiada nilai komersil ini,aku biarkan saja mereka lemas disitu.Mungkin ini penyataan pentingkan diri dan sekurang-kurangnya aku manusia yang perlukan seni untuk healing jiwa perempuan ku.

Berbalik kepada semalam,aku cuba berkongsi beberapa karya.Antaranya lanskap tubuh,sleeping beauty dan love me or leave me alone.Antara karya yang mengutarakan isu perempuan yang padaku ini pendapatku dalam cara visual.Karya yang beremosi,karya yang terasa adanya dialog antara dua hala,karya yang terasa adanya mangsa dalam satu situasi.


Persoalan:adakah benar perempuan kebanyakkan memilih untuk menjadi mangsa?penderaan fizikal dan mental?pembunuhan kejam?mangsa rogol dan sodomi yang tak mengira umur,agama,cara hidup,taraf hidup atau bangsa? Adakah masih ada pemikiran yang mengatakan perempuan dari tulang rusuk yang bengkok?Ya.Kaum hawa ini terlalu lemah untuk membuat pilihan.Padahal sebenarnya perempuan selalu tiada pilihan untuk memilih.Cubalah pergi ke Mahkamah Syariah untuk dengar perbicaraan kes2 dasyat mengenai hubungan suami dan isteri.Itu akan cukup buat perempuan yang diluar sana terasa dirinya malang kerana suami tak pulang sehari untuk memanjatkan syukur bahawasanya ada ramai lagi wanita yang nasibnya sangat tidak terbela.Kekuatan yang mana bagiku cukup kuat bagi seorang manusia yang bila di timpa musibah yang dianggap mangsa berlaku pada diri dan mereka masih boleh berdiri dan bercakap dengan otak yang rasional.

Aku bersyukur di temukan dengan medium berkarya seni.Medium ini melindungi aku dari jeritan kemarahan,laungan ketidak puas hatian,menangis yang menjerit-jerit,atau sumpahan yang begitu panjang. ;)