Wednesday, March 31, 2010

HUKUMAN- ART PERFORMANCE



Pada 27 March dan 28 march,aku telah terlibat dalam satu festival seni yang di jalankan di Solaris, Hartamas.Berjalan semala 2 hari, yang mana kepelbagaian kesenian di kongsi dalam pelbagai medium.
Untuk hari pertama pada 27 march 2010,aku terlibat untuk satu performance art yang mana aku memepersembahkan secara individu dengan tema yang bebas untuk di interpertasi atau di respon oleh artist atau audiance.
Maka untuk persembahan itu,isu yang cuba aku berkongsi adalah tentang perempuan. Lebih spesefik lagi perempuan yang akhir-akhir ini telah dihukum melalui maruah,prinsip dan emosi.Aku tidak bercakap tentang hukum tuhan,ini semuanya berkisarkan sistem manusia yang telah dicipta oleh bangsa sendiri atas dasar kebenaran.Maka disini aku merespon.
Dalam persembahan seni kali ini,aku merespon kepada audiance,prop,artwork,tubuh sendiri.Perlakuan secara di rancang dan spontan ini sedikit sebanyak membantu aku dalam ber ekspresi. di bawah antara tulisan aku yang digunakan dalam art performance tempohari...satu tulisan yang aku boleh kaitankan antara verbal dan aksi dan dalam masa yang sama ianya kiasan buat emosi dan ekspresi wanita yang mana,tentang hak dan kesamarataan wanita padahal bagi pendapat aku,hal ini tidak dirasai oleh semua 'kasta'...dedikasi buat wanita yang tinggal di hujung jalan....

1. Kepada Tuan/Puan:
Kami Aminah, Fatimah,Tuminah, Khadijah, Kuntum yang bukan tinggal di Bukit Bintang Atau Bukit Antarabangsa.
kami tinggal dihulu negeri,jalan yang masih kecil dan internet baru sampai petang semalam.
2.Hampir setiap malam mata ini bengkak.Hampir setengah kolam kami menangis.Bila kami cuba berkongsi dengan mereka,mereka berkata: itu hukuman buatmu.Nah!menangislah sampai buta, tapi jangan terlalu bising nanti ganggu tidur malamku. Dan mereka besambung lagi:Demi tuhan!perempuan itu semuanya pendusta.Kami lihat mata mereka cantik dan segar.
3. Tentang hak bersuara, kami ada suara yang lantang,bebas untuk beri pendapat,melapor sekiranya tertindas,tetapi apa yang terjadi,mulut kami seperti ada tali yang mengikat.Mereka tak peduli tentang emosi amarah,ketidak rasional, malah mereka salahkan kami yang biarkankami di perlakukan sebegitu.Itu hukuman buat kaum yang lemah.
4.Tentang sebatan pula,itu bukan perkara besar.Hanya satu sebatan lembut.Tapi maruah kami,prinsip kami sudah pecah.Hina dengan kata-kata masyarakat yang cukup buat kami mati.Jiwa kami seperti belon yang pecah-bunyi yang kuat,percikan merata-rata, dan waktu itu rupa sudah tiada lagi.
5.Yang benar, seperti nama diatas.Sekian terima kasih.