Wednesday, February 24, 2010

Catatan,persoalan, persepsi sebatan buat wanita hero malaysia!


Punya anak perempuan yang dalam proses membesar buat aku terfikir banyak perkara.normal seperti ibu-ibu yang lain yang ingin memberikan yang terbaik buat arah daging sendiri.Aku tidak pasti adakah semua perasaan manusia itu sama yang mana ianya bukan atas dasar gender.Maksud ku ibu atau pun bapa.Tetapi secara personal yang mana akrab dan sifat keibuan yang mulai ada,aku berpendapatan ibu punya sensetiviti dalam persepsi berbeza untuk setiap anak-anak.tetapi dalam satu fokus yang sama.Memberi satu ruang pilihan keselesaan,keputusan secara terbuka dan memberi yang terbaik.
Dan semenjak akhir-akhir ini,berita di Malaysia yang mengganggu sensetiviti aku adalah tentang merotan.Ya,merotan perempuan yang bersalah tidak secara terbuka tetapi berita gembar gembur yang dibuka lebih dari perkara sebenar.Sejujurnya fikiran aku terus melayang untuk 20 tahun akan datang.Mungkin aku sedikit individual,tetapi pada pendapat ku ini berkait pada semua generasi akan datang.Bagaimana 20tahun lagi persepsi dan mentaliti anakku SarahCinta dalam melalui hidup sebagai seorang perempuan di negara sendiri.Aku tidak mahu anakku menjadi kurang sensetif tentang hal2 kesama rataan terhadap gender.Aku mahu dia melihat ruang itu sebagai satu yang tiada berpenghujung.Bagaimana dia melihat seorang ibu yang hamil selama 9 bulan 10hari,perempuan yang akan menjadi ikon buat anak-anak dirotan.adakah beliau akan mentertawa dan menyokong tindakan menghukum padahal ada cerita berat disebaliknya?Adakah beliau menyalahkan tuhan kerana dilahirkan sebagai perempuan kerana sekiranya lelaki tak mungkin beliau ada perasaan kasihani pada gender sendiri?
Ya.hukuman sebat ke atas 3 orang wanita atas kesalahan persetubuhan luar nikah selaras dengan seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [“Akta”] dan hukuman sebat Dewi kartika yang tertangguh sebelumnya.Apakah yang sebenarnya berlaku?adakah pada tahap ini perempuan di angkat sebagai objek untuk menakut-nakutkan dosa orang lain?Adakah maruah perempuan-perempuan ini boleh di main-mainkan semata-mata memberi pengajaran?Dimana perginya berita tentang suami dan lelaki yang seharusnya bertagungjawab atas dasar cinta atau maruah?adakah mereka semua hidupnya disokong pasangan perempuan dan bermaksiat sesama perempuan?dimana pejuang dan pemilik tulang rusuk adam yang mana kaum hawa telah wujud dari bengkoknya tulang?
Ya.memang perempuan penuh emosi.Bercakap akalnya kurang.Aku bukan bercakap kerana aku peminum arak atau penyokong persetubuhan luar nikah.Tetapi ini tidak mencukupi buat anakku sarah sekiranya 20 tahun lagi,perundangan yang melindungi wanita ini menyebabkan mudahnya badan kalian perempuan disentuh dengan sebatan.Ini bukan sebab kesakitan sebatan.Yang mana aku percaya banyak lagi kesakitan yang perempuan boleh menggangkat di bahu,tetapi secara psikologinya ucapan sebatan itu sendiri cukup-cukup menyakitkan.tidak kira lah secara perlahan atau kuat.tetapi aksi sebatan cukup buat kita faham tentang bagaimana tubuh di sentuh dengan benda asing secara mengejut dan tanpa bersedia.
Malah dalam situasi begini,aku percaya ini bukan salah hukum sendiri.tetapi bagaimana manusia yang di amanahkan juga waras yang menjalankan sistem ini bertindak.Wajarkah ketidak selarasan pada semua tempat,darjat dan gender maka hukum ini di jalankan?Bagaimana dengan kelas atasan yang telah lebih seratus kali ber maksiat?yang mana celak matanya sama harga dengan denda tangkapan maksiat dan lepas dari hukum?
Bolehkah satu hari nanti akan datang seorang lelaki dan membuat pengakuan secara terbuka seperti mana hero-hero wanita malaysia yang membuat pengakuan yang sama?Mengaku tentang kegagalan membentuk wanita yang dianggap serong?dan merelakan untuk dihukum dan berita sudah sampai kehujung dunia?