Friday, September 3, 2010

patriotik?



Bila bercakap tentang patriotik didalam suasana selepas sambutan kemerdekaan yang ke 53 di Malaysia.Aku telah dijemput oleh sebuah badan galeri untuk bercakap tentang persepsi pengkarya tentang kemerdekaan dalam suasana dan keadaan yang di tempuhi kini.Maka dengan sikap keterbukaan aku cuba berkongsi pendapat dengan artist muda yang lain tentang perpepsi mereka tentang bagaimana pandangan secara indivudu atau lebih besar sebagai komuniti atau sebagai seorang rakyat yang tinggal di negara yang sudah merdeka.
Apabila persoalan pertama yang mereka bertanyakan padaku adakah jiwa ku patriotik kerana kebanyakkan artwork ku berbaur kenegaraan,menggunakan kata melayu dan berimejkan lebih kepada tanahair dan suara kebebasan?

mengapa aku tidak bercerita tentang perang palestin atau kelaparan di africa?mengapa perlu men visualkan kesakitan diri sendiri,mengapa perlu menentang sistem dan proses berkarya?Apa hubungan diriku dengan keadaan yang lebih luas?adakah kesakitan itu terlalu pelik atau orang lain tidak merasainya?mengapa perlu stensil imej mata wang sendiri dan imej burung kebebasan pada latar bendera?tidak cukup bebaskah aku disini?apa sistem terlalu menghukum sehingga pemikiran ku ini tidak boleh setenang lukisan lain?inikah patriotik?sejauh mana sensetiviti masyarakat dalam melihat karya dan kritikal ini boleh merubah dunia?
ya ini pendapatku tentang hubungan pengkarya,karya dan pandangan tentang isu juga kenegaraan.Bagiku tidak mungkin aku menolak negara ku sendiri.sebagai seorang pengkarya aku menganggap diri sebagai satu medium yang boleh memberi pendapat secara personal juga secara lebih besar.mungkin sebagai seorang rakyat.maka aku banyak memilih untuk bersuara untuk golongan minoriti yang mana suara mereka kurang di dengar.tidak berpihak kepada majoriti tetapi atas nama kebenaran mungkin.contohnya perempuan-perempuan perdalaman yang aku jangka mereka punya semangat yang tinggi tetapi penafian hak selalu terjadi.maka kebanyakkan karya ku mungkin berbaur personal yang audiance menganggap aku manusia penting diri yang terlalu obses dan bercakap tentang diri ku.percaya atau tidak ramai diluar sana yang mengalami hal yang serupa mungkin lebih tetapi medium dan ruang sangat terhad untuk berekspresi.

Pengalaman bagiku juga sangat penting.Sekiranya mereka bertanya tentang mengapa sesetengah artwork ku berbaur patriotik?jawapannya adalah pengalaman ku yang berhubungan dengan manusia yang patriotik dan ruang dan waktu mereka sendiri.aku hanya berhubungan dan masa yang sama dan ini mempengaruhi perjalanan karya.Bagaimana datok nenek ku dengan perjuangan mereka,bagaimana bila aku pernah punya hubungan dengan individu yang bersemangat patriotik kepada kenegaraannya juga bagaimana aku bertolenransi dengan sistem yang sedia ada.

Dan dalam sesi perbincangan itu ,aku bertanyakan patriotik kah aku sekiranya aku kiri,kanan atau di tengah-tengah?kritikalkah kalian dalam berkarya untuk jujur dan tidak memikirkan tentang hal komersial?aku muak bila ada yang bertanya tentang karya ku yang tiada nilai komersial untuk di jual pada pelancong atau golongan atasan.
jawapan ku mudah:aku tidak cuba untuk memanipulasi berjuta manusia untuk suka terhadap karya yang di bikin,malah cukup sekiranya seorang yang beremosi tentang itu dan paling penting aku tidak berbohong di atas canvas!pengkarya yang bertukar menjadi medium bila berkarya agak sukar sekiranya kita tidak mempraktikkan dalam kehidupan seharian.maka,praktikal ini makin membuat aku mudah untuk menjalani hidup dan terus berkarya.

Sejauh mana masyarakat kita sedar tentang kepentingan karya dalam pembinaan kenegaraan?adakah satu hari nanti seribu tahun lagi aku sebagai seorang seniman akan meninggalkan karya ku yang tidak berjiwa dan mati tanpa merekodkan situasi ketika itu?sekiranya ini terjadi pada ku,aku lebih rela membakar semua karya yang bohong ini daripada berkongsi dengan anak cucuku tentang bagaimana sejarah direkodkan dalam visual yang mana penuh dengan ego,kebohongan,dan menutup segala isu dengan imej komersial.

Tiada yang eksklusif buat seniman,aku percaya semua boleh berkarya,tetapi yang membezanya adalah medium dan sejauh mana kritikalnya persepsi dan sensitiviti kita kepada ruang yang ada.