Thursday, July 8, 2010

Art performance -Urbanscapes(KLPAC2010) LARA-post partum depression

Masih menantikan imej-imej dari sesiapa yang ada merakam art performance aku yang diadakan di KLPAC.Inilah kesilapan yang aku sendiri akui yang sepatutnya harapan tidak diberi terlalu tinggi untuk orang lain merakamkannya.Dan yang peliknya aku sangat teruja untuk melalukannya tanpa memikirkan soal dokumantasi.malang ya.. ;(

Masih ingin berkongsi tentang pengalaman ini yang mana kali ini aku berkongsi dengan audiance yang begitu urban.hinggakan untuk jam pertama aku sampai di KLPAC, aku bagaikan nak muntah dan cuba mengatasinya untuk terus berjalan dan menikmati permandangan manusia urban..tetapi bila sampai jam seterusnya aku hanya boleh duduk dan memikirkan betapa aku tidak urban dalam soalan berfesyen dan terasa seperti alien yang baru keluar ke dunia asing.
Persoalan untuk ruang dan masa yang diberikan untuk aku lakukan performance kali ini aku lihat sungguh terbuka dan untuk isu kali ini aku memikirkan tentang 'gila meroyan'.Ya...simptom sakit puan yang paling di takuti oleh kaum ibu dan dalam ruangan bangsaku sendiri,perkara ini banyak dianggap mistikal ada percaya atau tidak aku sepertinya menolak tanggapan ini.Bukan untuk menjadi terlalu realistik atau 'urban' tetapi pada hematku di dalam sistem yang penuh teknologi dan kemajuan,tekanan emosi terhadap jiwa-jiwa begitu mudah dijangkiti dan persoalan ini terjawab dengan sesetengah sistem pemulihan jiwa di sediakan untuk membantu atau menyokong dari segi moralis. tetapi didalam perkembangan pemikiran (kultural),kita tidak didedahkan untuk berkongsi masalah terutamanya kaum perempuan yang punya ikatan dan menceritakan keburukan,kekurangan aatau kesan impak perderaan fizikal mental dan material amatlah dianggap salah.Dan apa bila menyebut soal post partum depression dalam bahasa lainnya gila meroyan, ianya sesuatu isu minoriti yang akhirinya dengan simbolik kotor dan mistikal.Padahal kekurangan zat,hormon dan rasa rendah diri akibat keletihan melahirkan anak adalah faktor utama kaum ibu mengalami situasi ini.Dan mengikut sedikit bacaanku,1 dari 10 wanita adalah peratusan yang akan terlibat dengan situasi ini.Dan antara faktor utama keterlibatan ini adalah dari segi faktor ekonomi dan kewangan.

Aku ada berjumpa dan bercerita tentang pengalaman ini bersama beberapa ibu yang baru melahirkan anak.Apabila aku ceritakan tentang pengalaman aku yang terkejut melihat perutku jadi hitam dan badanku menjadi sangat lemah sehingga aku cuba bertindak tidak melepaskan anakku dan melarang sesiapa sahaja yang cuba untuk membantuku waktu itu amatlah luar dari kawalan yang sebenar.Dan bagi cerita lain yang aku dengan,ada diantaranya yang menjerit apabila mereka mengambil cermin dan melihat bagaimana jahitan yang dasyat pada kemaluan mereka selepas melahiran anak adalah satu pengalaman yang turut menakutkan.Dan bagi komuniti yang percaya pada hal-hal mistikal dan tidak mahu berkongsi hal ini,maka tekanan jiwa yang rumit boleh meragut nyawa ibu atau anak.Dan jangka masa dan simptom hal ini juga kadangkala mereka kaum ibu tidak sedari dan cuba untuk menidakkan.

Apakah ini masih menjadi hal minoriti yang tidak sepatutnya dibuka?atau hal ini terlalu remeh untuk diperkata kan?atau hal2 dewan parlimen merebut tanah lebih major untuk pembentukan satu jiwa yang bakal menggegar dunia satu hari nanti.

Kerana apakah aku terlalu sensitif hal-hal berkaitan perempuan dan motherhood?ini kerana aku adalah sebagaian dari mereka kerana bagiku,sememangnya bilangan perempuan dan punya hak kebebasan bersuara,tetapi untuk hak bertindak adalah masih di dalam bilangan yang dianggap minoriti.
Berbalik kepada 'baby blues' performance art.kali ini aku cuba untuk menggunakan beberapa prop dan merespon pada tubuh sendiri juga menghasilkan impak emosi yang drastik kepada audiance.Alat seperti tisu,lilin didalam mangkuk,api,minyak dan air.aku cuba menggunakan tisu sebagai simbolis kepada satu hal yang bersifat membersihkan,satu yang menyerap,dan satu bahan yang dianggap penting buat perempuan yang mana tisu adalah barangan yang ada di dalam tas beg antara mereka.dan bila bercakap tentang minyak pula ianya adalah bahan yang banyak digunakan selepas ibu bersalin untuk hal-hal urutan badan yang mana ia dianggap satu upacara penting untuk menyihatkan fizikal.yang mana kepentingan luaran selalunya dianggap lebih penting dalam pemulihan dalaman.Dan tentang lilin dan api pula,aku cuba menyentuh rasa audiance apabila aku membakar tisu yang di respon tadi dan dalam keadaan api yang terkawal aku menyapukan abu tisu keseluruh badan tanda kotor akibat dari bahan yang dianggap suci.maka disini persoalan perubahan fizikal mulai diambil kira.Dan pada akhiran performance,aku cuba merespon kepada air yang mana dalam keadaan tekanan aku menolak kepala dengan tanganku sendiri yang nampaknya seperti satu impak yang seperti diluar kawalan dan jeritan didalam dan diluar air adalah sama kualitinya dan kita boleh memilih untuk mendengar atau membiarkan mereka lemas dengan jeritan itu....