Tuesday, May 21, 2013

Antara sehelai rambut, sekeping tubuh dan perasaan yang tiada rupa.



Menghadirkan diri diruang yang bukan lagi tempat pengasingan yang membuatkan dia berasa selesa untuk tidak menilai dan menerima di sekelilingnya bukanlah makhluk asing yang ada cara hidup yang ganjil atau berbeza. Tetapi untuk seekor manusia yang tanpa ekor, menolak kepentingan dan keutamaan maruah dan prinsipal diri hanya pada sehelai rambut dan sekeping tubuh membuatkan ianya sesuatu yang sungguh asing.
Perhubung sulit antara gadis makhluk asing dengan pencipta Nya itu cukup di jaga baik-baik. Kalau boleh ingin disimpan dirumah saja dan tak perlu menyebut nama pencipta Nya di depan kumpulan majoriti yang dipanggil manusia ber tamadun. Mereka obses, ekstrimis dan terlalu bangga dengan kasih sayang pencipta pada mereka.
Dan telah berkata  kekasih pencipta Ku; "Sesungguhnya syurga itu berbicara, katanya: 'Aku ini haram bagi setiap orang yang bakhil, riak, pengadu domba dan pendengki."
Mengapa pula dengan sehelai rambut, sekeping tubuh dan perasaan yang tiada rupa? Adakah ini medium yang mengheretkan ketakutan ke tempat yang paling jahanam? Ke tempat paling panas yang boleh mencairkan kulit dan menghancurkan kejadian diri?
Dan apabila aku berkhalwat dalam keadaan hubungan sulit ku, Dia selalu berbisik, elakkan dirimu dari tersesat di ruang yang mana telah aku tempatkan dikau sayang ku untuk di pertanggungjawabkan.  Tidakkah kau mendengar gambar dan ciptaan itu sedang membuat bising? Mereka yang berlainan aliran,kepercayaan, prinsipal telah kamu sediakan dan kumpulkan disatu ruang yang sama. Bersahabat lah lah dengan perasaan-rasa yang sedang menerawang di sekitar kamu itu. Mereka tidak akan mengheret kamu ke jahanam, melain kan diri sendiri yang telah sesat jua lah yang akan menarik kamu ke api yang panas itu.
Duhai kekasih ku,ingin aku bercerita tentang tentang kesesatan; semalam aku telah tersesat di dalam hutan yang banyak dengan binatang liar. Malah aku ketahui itu kerana aku bukan pemburu binatang dan malah kerana itu aku sesat. Hampir-hampir tidak dimakan harimau jadian, nasib baik lah aku terlihat pintu ke rumah ku dan disitu aku melihat ada gambar beserta warna memanggil ku untuk pulang ke jalan yang benar. Benar yang mana yang telah Engkau tetapkan dari awal bentuknya kejadian.
Dengan nama kasih sayang, sayang kepada hubungan sulit yang telah terjalin lebih 1000 tahun yang lepas, aku berada disini bukanlah kerana tubuh-tubuh yang bernafas itu. Akan kerana aku telah mendengar sahabat-sahabatku yakni gambar dan warna yang punya perasaan memanggil ku untuk menikmati hidup.
Kerana aku percaya seni itu Murni.