Thursday, April 29, 2010

Dibawah bintang mengerdip-A Samad Said

Dibawah bintang mengerdip-A Samad Said
I
(surat daripada pelayan)

Dibawah bintang mengerdip aku ingin bersunyi
tiada buku tiada lagu tiada rindu
tapi siapa dapat percaya bulan turut berduka
ketika dunia sedang asyik berpesta ria.

Di bawah bintang mengerdip aku ingin bersayu
tiada ayahanda tiada bonda tiada kanda
tapi siapa sanggup percaya malam turut berhiba
ketika kekasih erat bersenda di Damansara.

Angin liar disini bunga kenanga keguguran
mengusik hati ini bukan kepalang lagi
kerana itu dibawah bintang mengerdip aku berlara
tiada tasik tiada kenangan tiada siapa.

Adam, jika benarlah belasmu ada
di pusaraku nanti taburilah bunga.

II
(surat kepada pelayan)

Ketika senja memerah surat gementarmu tiba
ku baca dengan degupan jantung bertambah
mengapa di bawah bintang mengerdip anda luka
tentang pusara dan bunga anda khabarkan pula?

Buku lagu dan rindu-ayahanda bonda dan kanda
di teluk mesra terkembang sudah layar sejarahnya
tapi aku terus berkelana entah kemana terdamparnya
tiadakan berdaya melihatmu lara di malam indah.

Ribut besar disini pohon kenanga bertumbangan
menyentak dada ini gementar sampai ke nadi
tetapi tiada yang dapat di terka siapa yang dahulu ke muara
kerana sama akan kita tinggalkan pulau-singgah.

Hawa, jika benarlah anda berduka
separuh laramu kurasakan sudah!

Kuala Lumpur -29 mac1960
catatan:inti puisi ini dipeti daripada bergaul dengan beberapa orang penari yang antaranya jujur bercerita tentang nasib malang mereka. aku tersentuh.

Puisi yang hampir-hampir membuat aku menitiskan air mata.bergetar jiwaku bila dengan suara beliau yang membaca ayat-ayat bermaksud dan di iringi muzik2 kabolarasi SGE (kamal sabran-zulkifli ramli sebentar tadi.sungguh mengasyikkan juga beremosi!
Petikan diatas aku ambil dari laman web,keratan dari Utusan Zaman.




Tuesday, April 20, 2010

Penyataan Ibu Binatang


Tentang sensetiviti kepedulian aku sebagai seorang ibu dan mahkluk beremosi.Kadang-kadang aku fikir apakah emosi ini semula jadi atau satu buat-buat yang boleh di kawal.Tetapi aku percaya makhluk perempuan lebih dari 80% kadang-kadang emosinya melebih-lebih.dan bila waktu kembali natural,kalian akan terfikir,bolehkah keadaan beremosi itu diulang agar jadi lebih rasional.
Aku ingin berkongsi tentang isu anak yang banyak di buang.Maksudku,sekarang isu anak di buang,di dera, di bunuh mulai di buka.Padahal bagiku ini sememangnya fitrah manusia sejak dari awal kejadian lagi.Dan untuk waktu ini ada kumpulan-kumpulan manusia yang kononnya prihatin terhadapan anak yang selalu menjadi mangsa keadaan.Adakah mereka di luar benar-benar prihatin?
Bagiku menjadi manusia itu sesuatu yang complicated dan lakonan.Sekiranya ada kejadian kedua,aku memilih untuk menjadi binatang.Binatang betina yang boleh menjaga anak dan melindungi.Tak perlu fikir tentang hak-hak yang di buat-buat.Tak perlu fikir tentang moraliti isu manusia,tak perlu fikir tentang kasta atau taraf hidup.Akan aku ajar anak ku cara melindungi diri,mencari makan,survival! Dan sekiranya ada pemangsa yang cuba bertindak..jangan diamkan diri,perlu lawan balik!Itu ajaran binatang.Sekiranya melahirkan anak,jangan meraung kerana tiada suami disamping.Binatang diajar survival sejak dari buka mata.Aku sangat kagum dengan ajaran ibu binatang!
Dan sanjungan ini aku berikan kepada semua ibu-ibu yang ada rasa kasih binatang (termasuk aku),perempuan -perempuan yang bakal mengharungi era rasionaliti (ciptaan manusia yang memberi sebab mengapa mereka menganggap anak kecil itu hanya objek kejadian tidak sengaja dan boleh di buang dengan sengaja atau tidak sengaja)-ini realiti manusia.
Sanjungan paling tinggi buat Ibu Mariam.Ibu tunggal kepada Nabi Isa A.S.Membesarkan anak bukan untuk jadi ahli politik tetapi pejuang yang jadi ikon besar pada dunia.
Nah!sekarang kalian marah untuk penyataan ini.Beri aku pendapatan sekiranya bukan binatang atau manusia.apa yang lebih mulia atau lebih hina?