Tuesday, April 20, 2010

Penyataan Ibu Binatang


Tentang sensetiviti kepedulian aku sebagai seorang ibu dan mahkluk beremosi.Kadang-kadang aku fikir apakah emosi ini semula jadi atau satu buat-buat yang boleh di kawal.Tetapi aku percaya makhluk perempuan lebih dari 80% kadang-kadang emosinya melebih-lebih.dan bila waktu kembali natural,kalian akan terfikir,bolehkah keadaan beremosi itu diulang agar jadi lebih rasional.
Aku ingin berkongsi tentang isu anak yang banyak di buang.Maksudku,sekarang isu anak di buang,di dera, di bunuh mulai di buka.Padahal bagiku ini sememangnya fitrah manusia sejak dari awal kejadian lagi.Dan untuk waktu ini ada kumpulan-kumpulan manusia yang kononnya prihatin terhadapan anak yang selalu menjadi mangsa keadaan.Adakah mereka di luar benar-benar prihatin?
Bagiku menjadi manusia itu sesuatu yang complicated dan lakonan.Sekiranya ada kejadian kedua,aku memilih untuk menjadi binatang.Binatang betina yang boleh menjaga anak dan melindungi.Tak perlu fikir tentang hak-hak yang di buat-buat.Tak perlu fikir tentang moraliti isu manusia,tak perlu fikir tentang kasta atau taraf hidup.Akan aku ajar anak ku cara melindungi diri,mencari makan,survival! Dan sekiranya ada pemangsa yang cuba bertindak..jangan diamkan diri,perlu lawan balik!Itu ajaran binatang.Sekiranya melahirkan anak,jangan meraung kerana tiada suami disamping.Binatang diajar survival sejak dari buka mata.Aku sangat kagum dengan ajaran ibu binatang!
Dan sanjungan ini aku berikan kepada semua ibu-ibu yang ada rasa kasih binatang (termasuk aku),perempuan -perempuan yang bakal mengharungi era rasionaliti (ciptaan manusia yang memberi sebab mengapa mereka menganggap anak kecil itu hanya objek kejadian tidak sengaja dan boleh di buang dengan sengaja atau tidak sengaja)-ini realiti manusia.
Sanjungan paling tinggi buat Ibu Mariam.Ibu tunggal kepada Nabi Isa A.S.Membesarkan anak bukan untuk jadi ahli politik tetapi pejuang yang jadi ikon besar pada dunia.
Nah!sekarang kalian marah untuk penyataan ini.Beri aku pendapatan sekiranya bukan binatang atau manusia.apa yang lebih mulia atau lebih hina?

2 comments:

  1. 1. Rasa kasih ibu atau rasa alami ibu [perlakuan instinctive], adakah 2 rasa yang berbeza? 2. (Adakah binatang 'berindera' kasih?)

    saf

    ReplyDelete
  2. saf:pada pendapatku rasa kasih dan alami ibu adaalh 2 perkara yang berbeza.Sensetiviti terhadap anak dan beremosi dan instinctive seorang ibu.Sememangnya bagi manusia ada dua perkara ini.Tetapi menidakkan instinctively (natural instinct) membuatkan tindakkan manusia menidakkan kejadian.
    aku juga percaya mungkin 10% ada ibu yang menidakkan kasih walaupun ada natural instict.Dan kejadian mangsa anak keatas anak mulai terjadi akibat dari terlalu kemanusiaan yang memikirkan tentang maruah,moraliti,kepentingan..etc.
    Sekiranya bercakap ttg instinctive,binatang adalah kejadian yang menggunakan sebaik mungkin their instictively bahaviour.tetapi bagi aku itu lah cara survival yang paling bijak untuk anak.dan tunjuk kasih yang paling terbaik dari ibu kepada anak!

    ReplyDelete