Dialog ini tidak ber-akhir disini.Ia tidak tetap dan akan terus bergerak.Maka aku katakan,ini sememang hidup.Ini hidup.
Wednesday, January 12, 2011
dua minggu
Sudah hampir 2 minggu aku mengikuti jadual baru ku.Bangun awal setiap hari jam 6 pagi.Mulai breakfast di mcdonald dan bertolak ke tempat kerja.Waktu yang paling mencabar untuk akhir-akhir ini adalah ketika waktu pulang dari kerja.Bila monster kecil tiada menanti ku di rumah. Kadang-kadang buat mamanya berdebar dan terasa ingin muntah(tindak balas badanku bila terasa depress,benci atau sedih).Tetapi kali ini rasa ini banyak berkurangan kerana aku tahu sarah kecil ku gembira bersama nenek nya yang sebaik mungkin menjaga dan menenangkan aku bahawa segalanya akan ok.
Untuk ruang, persekitaran dan jiwa-jiwa yang baru bagiku di sekitarnya,ini masa yang masih baru untuk aku fahami segalanya. Melihat bagaimana tindak balas, cara komunikasi dan obsesi mereka. Aku cuba sebaik mungkin untuk kelihatan tidak terlalu janggal dan dengan aksi performance art kadang-kadang membantu aku untuk perform setiap hari pada waktu yang sama pada perbezaan pelbagai ragam manusia.
Untuk waktu ini, melihat dari persepsi positif sangat membantu. Aku tidak cuba jadi seperti arnab yang untuk jadi jaguh setiap kali perlumbaan.Tapi cuba jadi kura-kura lebih baik.Ada masa untuk melihat kiri dan kanan tetapi tetap bergerak. Tidak apa yang perlu aku kejarkan dan merubah keadaan. Ya..memang obsesi ku pada kesenian dan hubungan manusia.Tetapi untuk posisi kurator yang berstatus kontrak, ada semangat yang berkobar-kobar tetapi aku perlu mempelajari banyak perkara.
Di ruang yang kebiasaannya aku datang sebagai seorang artist dan performer dan kali ini aku datang kesini sebagai pihak yang berhadapan dalam posisi berlawanan.Berlawanan bukan bermaksud lebih agresif, tetapi bagi ku berlawanan yang lebih kepada lebih bertindak balas pada pengkarya dalam cara dan sistem yang realiti.
Apakah selama ini semua pelukis terlalu surealis dan self centered?adakah itu maksudku bila aku katakan posisi curator dalam keadaan realiti?tidak.maksudku sebagai seorang pengkarya,obsesi untuk menghasilkan karya atau idea sebaik mungkin dan memikirkan apa yang terbaik buat karya dan pihak yang akan menerima atau berkongsi keindahan karya (ini tidak termasuk pengkarya bermata duitan,mengerjakan karya seperti kilang,tanpa isian ataupun karya mereka adalah kuli atau hamba mereka untuk memerah duit, maksudku lebih terhadap pengkarya yang berkongsi rasa dan cinta bersama karyanya, lebih originaliti, obsesi, dan kadang kadang hampir tidak boleh tidur memikirkan indahnya sekiranya karya mereka boleh dikongsi dengan semua jelata.) Tetapi di posisi pihak yang berjalan dalam garis panduan sistem,aku cuba untuk buat yang terbaik.Terbaik bermaksud bukan lagi kepada karya sendiri tetapi lebih kepada responden seni dalam skop yang lebih besar.
Perkara-perkara begini sebetulnya banyak berubah persepsi. Maksudku bukanlah satu perkara yang tidak baik tetapi satu persepsi berbeza yang mana pandangan ku pada ruang kesenian. Mungkin in satu yang baru tetapi harapan ku moga transit ku ini mengajar untuk transit yang akan datang. Harapan agar aku tidak membunuh karya ku sendiri dan moga kalian tidak menilai atau meletakkan apa-apa harapan pada ku. Aku tidak mahu bertanggungjawab untuk beri harapan atau janji seorang pejuang. Tetapi untuk saat ini, janji manis ku dan harapan adalah tidak sabar menanti esok untuk pulang ke kampung untuk berjumpa anak perempuan ku!ah..ciptaan dan dari Maha Pengkarya yang membuatkan aku ketagih untuk menatapinya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment