Sunday, October 23, 2011

Kejadian

Suatu hari saya terlihat burung-burung putih yang sedang asyik terbang bertukar menjadi pasir..
Kesemuanya jatuh dari langit...
Dan apabila deraian pasir mulai jatuh di padang yang luas itu,
Angin dengan cepat meniup segala-galanya...
Hingga tiada apa yang tinggal lagi,

Dalam waktu yang hampir getir itu,
Nyawa bebas telah hilang menjadi kerikil kecil,
Dan kerikil kecil telah lenyap dari susuk penglihatan,
Apa lagi yang tinggal?

Bermulalah nyawa dan jiwa mencari tubuh baru untuk didiami...

Ini bersaksi atas nama satu kejadian.


Monday, October 3, 2011

GUNA +SEMULA+ JADI




Peluang mengangkat pameran di luar ruang Balai Seni Lukis Negara telah saya cuba persembahkan sebaik yang mungkin. Balai Seni Lukis Negara telah dijemput oleh pihak Perbadanan Putrajaya(PPJ) dalam mempromosikan seni visual untuk masyarakat bersempena Floria Festival 2011 yang berlangsung di Presint 2, Persisiran Tasik,Putrajaya selama 9 hari. Dengan peluang dan ruang ini,sebagai seorang di pertanggungjawabkan untuk melibatkan pengkarya dan karya yang bersesuai dengan ruang awam, maka, dari permulaan ini saya memikirkan sesuatu konsep ataupun idea yang mudah untuk di fahami dan bersifat mesra kepada pengunjung festival dan dalam masa yang sama cuba menerapkan nilai-nilai positif seperti menghargai ruang dan sekeliling, menyedari keberadaan karya seni yang akan dipersembahkan dalam erti kata nilai apreasiasi seni juga menerima perbezaan dan kepelbagaian dalam satu ruang komuniti yang lebih bersifat awam.

Pameran Guna+Semula+Jadi diangkat atas usaha sama pelbagai pihak dalam menjayakannya. Dua perkataan yang berbeza dan telah saya rangkumkan menjadi satu ayat yang bersambung dan makna untuk setiap kosa kata adalah di perlukan untuk membawa makna tertentu. Kata Guna semula yang saya maksudkan adalah lebihan dan buangan sesuatu bahan yang sukar ataupun tidak boleh di lupuskan. Manakala semulajadi adalah bahan natural yang sedia ada di sekeliling kita. Dengan bertindak balas kepada latar belakang para pengkarya,idea, prinsipal dan medium yang mereka ketengahkan, saya menjangkakan pameran kali ini dapat menggerakkan pengkarya sendiri untuk berkongsi dalam ruang yang mencabar keberadaan fungsi karya berbanding ruang-ruang galeri yang mana pengunjung dan sekitarnya selalu dalam ruang selesa. Akan tetapi untuk kali ini yang lebih bersifat seni awam, pengkarya berhadapan dengan pengunjung yang mempunyai pelbagai sensitiviti dan bagaimana tindakbalas ini di tangani ataupun di perbaiki. Dan dalam masa yang sama agenda seni sampai kepada masyarakat. Keadaan karya hilang,musnah akibat keadaan,cuaca ataupun ketidak prihatinan pengunjung sedikit sebanyak boleh ditangani dan di terima secara positif dalam memahami apa erti sebenar fungsi seni visual di Malaysia dan apakah kita sedar bagaimana pentingnya menghargai, rasa sensitiviti di sekitar kita dan perlukah kita tangani dengan cara yang lebih kreatif dalam membentuk budaya seni generasi yang akan datang.

Pameran ini terdiri daripada 6 orang pengkarya tempatan yang mana antara mereka aktif dalam program servis komuniti, berkarya atas memperjuangkan nasib sendiri dan orang lain , boleh bekerja diruang yang berbeza dengan kepelbagaian medium dan prinsipal masing-masing. Perbincangan dan perkongsian pendapat dengan  mereka tentang karya yang akan dipersembahkan telah di usahakan dalam memberi kepada impak dan tindak balas kepada masyarakat yang mana kita tidak dapat menjangka tahap kefahaman apreasiasi kesenian masing-masing. Penekanan komitmen dan tindak balas kepada ruang menjadi keutamaan dalam apa yang cuba saya bincangkan bersama para pengkarya dalam waktu pameran berlangsung.


“think out of the box and fly” adalah karya Anne Samat yang terletak di ruang masuk yang boleh di lihat oleh pengunjung pada hari festival berlangsung. Karya-karya arca yang dihasilkan dari peralatan harian bagi sesebuah keluarga yang menjalani rutin mereka di gunakan dalam olahan karya Anne Samat kali ini. Sudu,garpu, menapis dan pencakar rumput antara bahan yang di bentuk menjadi figura-figura berdiri dengan saiz yang berbeza membawa watak dan kreateria masing-masing. Jalinan benang-benang, tenunan dengan warna-warna terang disusun seperti aksesori di sebahagian arca yang di persembahankan. Penekanan teknik tenunan tradisional dan gabungan rekabentuk bahan dan warna bertenaga dan moden menjadi aspek yang penting bagi beliau dalam setiap pembikinan karya.
Komposisi penyusunan arca yang berbeza saiz dan rupa kelihatan seperti sebuah keluarga yang terdiri dari ahli masing-masing Bagi Anne Samat sendiri,beliau adalah pengkarya yang banyak melawati dan tinggal di luar negara, pengalaman menjadi seseorang yang hidup di kelompok manusia yang berbeza membuatkan  Anne Samat ingin berkongsi perbezaan dalam persepsi yang lebih positif dalam mengetengahkan unsur kebudayaan sendiri dan dalam masa yang sama tidak tertinggal dalam arus kemodenan.



Persembahan seni pertunjukkan dan instalasi yang bertajuk “sarang dan sangkar (alami vs buatan) oleh Aisyah Baharuddin berjaya menarik ramai pengunjung pada hari pertama festival. Seni pertunjukkan yang berlangsung selama 30 minit adalah kolaborasi Aisyah Baharuddin bersama 2 anak lelakinya membawa penonton cuba melihat pelbagai aktiviti dalam satu masa yang sama. Pertunjukkan seni bermula dari dalam sarang buatannya daripada lebihan fabrik yang pelbagai dan berwarna-warni malah di sekitarnya terdapat pelbagai bahan gunasemula dan semulajadi yang mana kebanyakkan digunakan dalam aktiviti seharian kita. Komunikasi antara pengkarya dan pengunjung sepanjangan pertunjukkan begitu memberansangkan.

Sarang dan sangkar adalah rumah, satu berlambangan bagi jiwa dan raga manusia. sarang sifatnya lebih mesra dengan alam bebas, manakala sangkar adalah buatan yang kukuh untuk kurungan. Kemajuan ini merupakan alasan yang kuat dalam ketidaksetaraan sosial dan dosa terhadap  Mother Nature. Oleh itu, kesedaran spiritual adalah hal yang paling penting dalam kehidupan manusia, keberhasilan perasaan ini terletak dalam kembali kepada Alam (back to nature). dan kebaikan alam menyedarkan kita akan cinta…- Aisyah Baharuddin


‘For Our Daughter’ karya instalasi Azliza Ayob a.k.a Pol merupakan karya yang mendapat impak berbeza untuk pameran awam kali ini. Karya yang terdiri dari 100 kuntum bunga buatan dari botol plastik, di pamerkan di ruang luas di tepi tasik. Penghasilan karya bunga plastik yang di hiasi dengan titipan permata tiruan di tengah-tengah dan disembur dengan warna merah membuatkan bunga-bunga plastik ini di persembahkan secara yang berbeza. Penyataan dari pengkarya tentang karya installasi kali ini adalah tentang hubungan dalam kekeluargaan, rasa hormat, tanggungjawab dan ianya adalah impak kepada nilai moraliti dalam skop sosial. Pada hari ketiga pameran ini, kesemua karya instalasinya Azliza telah habis di ambil pengunjung. Keputusan untuk meletakkan papan tanda pada ruang kosong menggantikan bunga-bunga yang telah hilang. Objek visual yang telah hilang diganti dengan kata pantun empat kerat yang berbunyi:

Mekar menguntum di laman buatan,
Di pamer megah di taman larangan,
Bunga merah bertahta berlian,
Habis licin disambar orang.
Dedikasi khas untuk karya ; To Our Daughter/Azliza Ayob

Karya oleh Nuriman Amri yang bertajuk ‘Ting tong ting tong” adalah satu karya installasi yang berlangsung sepanjang festival. ‘Wind chime’ yang di gantung di antara pokok-pokok di sekeliling ruang bertambah dari hari ke hari sepanjangan ianya berlangsung. Pengulangan baju-baju kecil di bentuk dari kotak-kotak bahan buangan dan bunyi-bunyian besi kecil menghasilkan gabungan karya yang menarik. Kelahiran anak kedua Nuriman sendiri mungkin sedikit sebanyak adalah refleksi pada karya installasi ini. Idea berkongsi seperti meraikan dapat di lihat apabila pengunjung boleh bersama-sama menyertai aktiviti untuk  menghasilkan bunyi-bunyian pada karya.

 Bagi karya Azli Wahid pula, penggunaan batu-batu semulajadi yang di olah menjadi bentuk kasut dan pengalas kaki dalam keadaan yang sangat minimal di persembahkan kali ini.Pengkarya mengambil peluang untuk membawa satu permainan catur tempatan yang dipanggil “Dam Ular” yang di susun secara bergrid dalam ruangan terbuka. Bongkah batuan yang besar dan berat ini di gabungkan dengan bongkah batuan buatan seperti batu blok dan batu – bata dalam proses permainan dam berlangsung. Installasi arca yang di mainkan sendiri oleh penonton dan idea  disini boleh di lihat bagaimana kreativiti di gunakan dalam sesuatu proses aktiviti yang mana medium bukan lagi satu perkara yang utama selagi konsep dan cara permainan di fahami dalam proses komunikasi kedua belah pihak seperti yang berlangsung dalam permainan ‘dam ular’ bersaiz besar dan berat ini. Aktiviti kerjasama,sokongan dan bantu membantu di tunjukkan oleh para pemain ‘Dam ular’ untuk menjadi pemenangdalam satu proses perlawanan.

Selain daripada arca, installasi dan seni pertunjukkan, demonstrasi membuat kertas guna semula telah di lakukan oleh seorang pengkarya seni iaitu Goh Chiu Kuan. Mengapa pengkarya perlu melibatkan diri dalam aktiviti demontrasi membuat kertas dan bukannya guru seni ? Dan ini saya merasakan jemputan keatas beliau adalah kerana beliau sendiri adalah pengkarya seni yang aktif dengan aktiviti komuniti, membawa isu semasa yang banyak mendidik kumpulan-kumpulan kecil masyarakat dalam kontek kefahaman seni visual. 

Komunikasi visual dari sudut pandangan seni adalah amat penting dalam menyampaikan informasi kesenian yang mana ianya meliputi pelbagai peringkat umur dan kefahaman. Demonstarasi yang berlangsung ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada pengunjung berkomunikasi secara langsung dengan pengkarya tentang medium guna semula dalam penyediaan karya seni.Membuka daya kreativiti masyarakat tentang nilai karya seni dan bagaimana impak idea,konsep atau kepentingan karya menjadi keutamaan dalam proses menghasilkan karya seni. Manakala proses eksperimental medium dan kreativiti perlu di titik beratkan sejajar dengan mesej yang hendak di sampaikan atau di kongsi bersama.