Peluang mengangkat pameran di luar ruang Balai Seni Lukis
Negara telah saya cuba persembahkan sebaik yang mungkin. Balai Seni Lukis
Negara telah dijemput oleh pihak Perbadanan Putrajaya(PPJ) dalam mempromosikan
seni visual untuk masyarakat bersempena Floria Festival 2011 yang berlangsung
di Presint 2, Persisiran Tasik,Putrajaya selama 9 hari. Dengan peluang dan
ruang ini,sebagai seorang di pertanggungjawabkan untuk melibatkan pengkarya dan
karya yang bersesuai dengan ruang awam, maka, dari permulaan ini saya
memikirkan sesuatu konsep ataupun idea yang mudah untuk di fahami dan bersifat
mesra kepada pengunjung festival dan dalam masa yang sama cuba menerapkan
nilai-nilai positif seperti menghargai ruang dan sekeliling, menyedari
keberadaan karya seni yang akan dipersembahkan dalam erti kata nilai apreasiasi
seni juga menerima perbezaan dan kepelbagaian dalam satu ruang komuniti yang
lebih bersifat awam.
Pameran Guna+Semula+Jadi diangkat atas usaha sama pelbagai
pihak dalam menjayakannya. Dua perkataan yang berbeza dan telah saya rangkumkan
menjadi satu ayat yang bersambung dan makna untuk setiap kosa kata adalah di
perlukan untuk membawa makna tertentu. Kata Guna semula yang saya maksudkan
adalah lebihan dan buangan sesuatu bahan yang sukar ataupun tidak boleh di lupuskan.
Manakala semulajadi adalah bahan natural yang sedia ada di sekeliling kita. Dengan
bertindak balas kepada latar belakang para pengkarya,idea, prinsipal dan medium
yang mereka ketengahkan, saya menjangkakan pameran kali ini dapat menggerakkan
pengkarya sendiri untuk berkongsi dalam ruang yang mencabar keberadaan fungsi
karya berbanding ruang-ruang galeri yang mana pengunjung dan sekitarnya selalu
dalam ruang selesa. Akan tetapi untuk kali ini yang lebih bersifat seni awam, pengkarya
berhadapan dengan pengunjung yang mempunyai pelbagai sensitiviti dan bagaimana
tindakbalas ini di tangani ataupun di perbaiki. Dan dalam masa yang sama agenda
seni sampai kepada masyarakat. Keadaan karya hilang,musnah akibat keadaan,cuaca
ataupun ketidak prihatinan pengunjung sedikit sebanyak boleh ditangani dan di
terima secara positif dalam memahami apa erti sebenar fungsi seni visual di
Malaysia dan apakah kita sedar bagaimana pentingnya menghargai, rasa
sensitiviti di sekitar kita dan perlukah kita tangani dengan cara yang lebih
kreatif dalam membentuk budaya seni generasi yang akan datang.
Pameran ini terdiri daripada 6 orang pengkarya tempatan yang
mana antara mereka aktif dalam program servis komuniti, berkarya atas
memperjuangkan nasib sendiri dan orang lain , boleh bekerja diruang yang
berbeza dengan kepelbagaian medium dan prinsipal masing-masing. Perbincangan dan
perkongsian pendapat dengan mereka tentang
karya yang akan dipersembahkan telah di usahakan dalam memberi kepada impak dan
tindak balas kepada masyarakat yang mana kita tidak dapat menjangka tahap
kefahaman apreasiasi kesenian masing-masing. Penekanan komitmen dan tindak balas
kepada ruang menjadi keutamaan dalam apa yang cuba saya bincangkan bersama para
pengkarya dalam waktu pameran berlangsung.
“think out of the box and fly” adalah karya Anne Samat yang terletak
di ruang masuk yang boleh di lihat oleh pengunjung pada hari festival berlangsung.
Karya-karya arca yang dihasilkan dari peralatan harian bagi sesebuah keluarga
yang menjalani rutin mereka di gunakan dalam olahan karya Anne Samat kali ini. Sudu,garpu,
menapis dan pencakar rumput antara bahan yang di bentuk menjadi figura-figura
berdiri dengan saiz yang berbeza membawa watak dan kreateria masing-masing. Jalinan
benang-benang, tenunan dengan warna-warna terang disusun seperti aksesori di
sebahagian arca yang di persembahankan. Penekanan teknik tenunan tradisional dan
gabungan rekabentuk bahan dan warna bertenaga dan moden menjadi aspek yang
penting bagi beliau dalam setiap pembikinan karya.
Komposisi penyusunan arca yang berbeza saiz dan rupa
kelihatan seperti sebuah keluarga yang terdiri dari ahli masing-masing Bagi
Anne Samat sendiri,beliau adalah pengkarya yang banyak melawati dan tinggal di
luar negara, pengalaman menjadi seseorang yang hidup di kelompok manusia yang
berbeza membuatkan Anne Samat ingin
berkongsi perbezaan dalam persepsi yang lebih positif dalam mengetengahkan
unsur kebudayaan sendiri dan dalam masa yang sama tidak tertinggal dalam arus
kemodenan.
Persembahan seni pertunjukkan dan instalasi yang bertajuk
“sarang dan sangkar (alami vs buatan) oleh Aisyah Baharuddin berjaya menarik
ramai pengunjung pada hari pertama festival. Seni pertunjukkan yang berlangsung
selama 30 minit adalah kolaborasi Aisyah Baharuddin bersama 2 anak lelakinya membawa
penonton cuba melihat pelbagai aktiviti dalam satu masa yang sama. Pertunjukkan
seni bermula dari dalam sarang buatannya daripada lebihan fabrik yang pelbagai
dan berwarna-warni malah di sekitarnya terdapat pelbagai bahan gunasemula dan
semulajadi yang mana kebanyakkan digunakan dalam aktiviti seharian kita.
Komunikasi antara pengkarya dan pengunjung sepanjangan pertunjukkan begitu
memberansangkan.
Sarang dan sangkar adalah
rumah, satu berlambangan bagi jiwa dan raga manusia. sarang sifatnya lebih
mesra dengan alam bebas, manakala sangkar adalah buatan yang kukuh untuk
kurungan. Kemajuan ini merupakan alasan yang kuat dalam ketidaksetaraan sosial
dan dosa terhadap Mother Nature. Oleh
itu, kesedaran spiritual adalah hal yang paling penting dalam kehidupan
manusia, keberhasilan perasaan ini terletak dalam kembali kepada Alam (back to
nature). dan kebaikan alam menyedarkan kita akan cinta…- Aisyah Baharuddin
‘For
Our Daughter’ karya instalasi Azliza Ayob a.k.a Pol merupakan karya yang
mendapat impak berbeza untuk pameran awam kali ini. Karya yang terdiri dari 100
kuntum bunga buatan dari botol plastik, di pamerkan di ruang luas di tepi
tasik. Penghasilan karya bunga plastik yang di hiasi dengan titipan permata tiruan
di tengah-tengah dan disembur dengan warna merah membuatkan bunga-bunga plastik
ini di persembahkan secara yang berbeza. Penyataan dari pengkarya tentang karya
installasi kali ini adalah tentang hubungan dalam kekeluargaan, rasa hormat,
tanggungjawab dan ianya adalah impak kepada nilai moraliti dalam skop sosial. Pada
hari ketiga pameran ini, kesemua karya instalasinya Azliza telah habis di ambil
pengunjung. Keputusan untuk meletakkan papan tanda pada ruang kosong
menggantikan bunga-bunga yang telah hilang. Objek visual yang telah hilang
diganti dengan kata pantun empat kerat yang berbunyi:
Mekar
menguntum di laman buatan,
Di
pamer megah di taman larangan,
Bunga
merah bertahta berlian,
Habis
licin disambar orang.
Dedikasi
khas untuk karya ; To Our Daughter/Azliza Ayob
Karya
oleh Nuriman Amri yang bertajuk ‘Ting tong ting tong” adalah satu karya
installasi yang berlangsung sepanjang festival. ‘Wind chime’ yang di gantung di
antara pokok-pokok di sekeliling ruang bertambah dari hari ke hari sepanjangan
ianya berlangsung. Pengulangan baju-baju kecil di bentuk dari kotak-kotak bahan
buangan dan bunyi-bunyian besi kecil menghasilkan gabungan karya yang menarik. Kelahiran
anak kedua Nuriman sendiri mungkin sedikit sebanyak adalah refleksi pada karya
installasi ini. Idea berkongsi seperti meraikan dapat di lihat apabila
pengunjung boleh bersama-sama menyertai aktiviti untuk menghasilkan bunyi-bunyian pada karya.
Bagi karya Azli Wahid pula, penggunaan
batu-batu semulajadi yang di olah menjadi bentuk kasut dan pengalas kaki dalam
keadaan yang sangat minimal di persembahkan kali ini.Pengkarya mengambil
peluang untuk membawa satu permainan catur tempatan yang dipanggil “Dam Ular”
yang di susun secara bergrid dalam ruangan terbuka. Bongkah batuan yang besar
dan berat ini di gabungkan dengan bongkah batuan buatan seperti batu blok dan
batu – bata dalam proses permainan dam berlangsung. Installasi arca yang di
mainkan sendiri oleh penonton dan idea
disini boleh di lihat bagaimana kreativiti di gunakan dalam sesuatu
proses aktiviti yang mana medium bukan lagi satu perkara yang utama selagi
konsep dan cara permainan di fahami dalam proses komunikasi kedua belah pihak
seperti yang berlangsung dalam permainan ‘dam ular’ bersaiz besar dan berat
ini. Aktiviti kerjasama,sokongan dan bantu membantu di tunjukkan oleh para
pemain ‘Dam ular’ untuk menjadi pemenangdalam satu proses perlawanan.
Selain
daripada arca, installasi dan seni pertunjukkan, demonstrasi membuat kertas
guna semula telah di lakukan oleh seorang pengkarya seni iaitu Goh Chiu Kuan. Mengapa
pengkarya perlu melibatkan diri dalam aktiviti demontrasi membuat kertas dan
bukannya guru seni ? Dan ini saya merasakan jemputan keatas beliau adalah kerana beliau sendiri
adalah pengkarya seni yang aktif dengan aktiviti komuniti, membawa isu semasa
yang banyak mendidik kumpulan-kumpulan kecil masyarakat dalam kontek kefahaman seni
visual.
Komunikasi visual dari sudut pandangan seni adalah amat penting dalam
menyampaikan informasi kesenian yang mana ianya meliputi pelbagai peringkat
umur dan kefahaman. Demonstarasi yang berlangsung ini sedikit sebanyak memberi
peluang kepada pengunjung berkomunikasi secara langsung dengan pengkarya
tentang medium guna semula dalam penyediaan karya seni.Membuka daya kreativiti
masyarakat tentang nilai karya seni dan bagaimana impak idea,konsep atau
kepentingan karya menjadi keutamaan dalam proses menghasilkan karya seni.
Manakala proses eksperimental medium dan kreativiti perlu di titik beratkan sejajar
dengan mesej yang hendak di sampaikan atau di kongsi bersama.
No comments:
Post a Comment