Kalau benar kamu melihatku dibawah,
Mengapa tidak kau tahan airmata ku dari jatuh ke lantai,
Kalau benar cinta itu bagai kayu yang di bakar api,lalu jadi bara yang sentiasa merah,
Mengapa tanganku lecur akibat bara yang indah itu?
Duhai ruang yang sentiasa buatku lemas diantara dua dinding..
Aku tunduk akur sebagaimana tangan ku diikat dan kaki ku dipasung.
Semoga Awan putih yang bergerak itu masih melindungi dan satu hari nanti aku akan terbang dengan bebas sekali!
-dedikasi buat Lolita-gadis berwajah cerah yang hatinya semakin hancur.
Dialog ini tidak ber-akhir disini.Ia tidak tetap dan akan terus bergerak.Maka aku katakan,ini sememang hidup.Ini hidup.
Tuesday, September 29, 2009
Tuesday, September 22, 2009
Selamat Hari raya ke-3!
sudah hari raya ke-3.nampaknya selera aku semakin bertambah.Seperti biasa,mama memang suka masak yang sedap2 dan buat aku untuk belajar memasak setiap kali mama masak.bagus!tapi hari raya ni bila orang jumpa aku,soalan pertama:'kau kurus sekarang,makan ape?kenapa?
jawapan aku:makan hati berulam jantung.hahahaha...
biasa lah.tu ayat perempuan emo.

Saturday, September 19, 2009
Selamat Semua ya!
Selamat hari raya buat yang tercinta,buat sarahcinta,buat sahabat handai.Moga Aidilfitri kali ini akan penuh bermakna!
Sunday, September 13, 2009
Penyataan.
Untuk penganut agama yang aku terasa di rahmati..
Untuk hari-hari yang nyaman di sirami hujan yang sungguh menyenangkan.
Terima kasih atas kesusahan dan dugaan yang sudah atau bakal tiba..
Terimalah kasih ku agar perjalanan ini menjadi satu perjalanan yang mengasyikkan.

Friday, September 11, 2009
Hak milik kebodohan milik semua.
Sudah beberapa hari kebelakangan ini,aku sudah muak membaca status facebook ada diantaranya yang bersemangat dengan isu hak milik beberapa item kebudayaan dan cara hidup yang mana bagi sesebuah negara sangat mementingkan maruah hakmilik itu berbanding hubungan antara manusia.
Aku tak akan bercakap seperti orang pandai yakni mengeluarkan statement dan fakta yang boleh didapati di hujung jari dengan bertanya kan tuhan google dan kalian boleh menunjuk kan taring kebijak sanaan kononnya untuk bercakap tentang hal yang mana rakyat tidak punya iphone,blackberry atau broadband dengan laptop yang boleh mensahih kan fakta kalian bila kalian mula bicara tentang hak milik ini konon nya.
Cukup lah bila ada sekumpulan kecil rakyat Indonesia yang mulai meletakkan hak milik mereka dengan emosi bila bercakap tentang sesuatu.Maka kita yang di persalahkan ini tidak perlulah menambah marak kemarahan itu atau melayan perkara yang ku anggap remeh itu.HAH!kenapa aku cakap ini perkara remeh?
Kalau benar-benar kalian yang bercakap tentang hak milik,maka lebih baik mengkaji dahulu setiap yang ada disekeliling dan diri sendiri.Mungkin ini penilaian bodoh bagi orang yang membaca penulisan ku ini,tetapi tidakkah kalian sedar yang setiap inci dibahagian badan itu bukan hak milik anda dan apa yang kalian anuti dan pakai itu juga bukan hak milik anda?
Seandainya satu hari nanti ada pak Arab yang claim Nabi Muhammad dan Allah itu hak milik negara mereka adakah ini masih boleh di terima pakai?Atau Negara Thailand marah bila rakyat malaysia suka sangat makan beras siam dan mengambil balik setiap biji beras siam yang di import dan adakah kita harus berhenti untuk makan?
Maka apa yang ingin aku katakan disini,syabas buat rakyat Malaysia yang berdiam diri dan tidak beremosi dengan isu-isu orang ilmiah ini kononnya yang bercakap tentang sejarah yang tak akan habis-habis. Kita bukanlah tidak sensetif tetapi belum waktunya untuk sensetif tak tentu pasal.Jangan terlalu bijak pandai untuk keluarkan semuanya kerana kebodohan akan terserlah sekiranya kita terlalu takbur dalam membanggakan kebijakkan kita.
Percaya atau tidak satu hari nanti akan ada negara yang claim negara kita ini adalah hak milik negara mereka dan ada diantara kita yang mengiyakan adakah kalian masih mengiyakan juga?
Aku bukanlah rakyat yang bersemangat patriotik,tetapi aku bercakap begini kerana ada diantara kita yang kadang-kadang lupa bila bercakap dan cepat melatah.Memang ada yang kita boleh salahkan kepimpinan tetapi bukan tujukan kepada kumpulan rakyat.
ini antara peribahasa mudah yang aku berminat untuk berkongsi dan cuba kita ambil iktibar dari kata ini. -DIMANA BUMI DI PIJAK,DISITU LANGIT DI JUNJUNG
p/s:selamat berpuasa dan jangan marah-marah. ;)

Wednesday, September 9, 2009
info-bentuk penderaan terhadap wanita
Disini ingin aku berkongsi informasi tentang bentuk penderaan terhadap wanita yang mana bagi kita kaum hawa ini berlaku di sekitar kita dengan di sedari atau tanpa di sedari.Bagi pendapat ku juga,perlakuan ini tidak tertakluk kepada golongan atau taraf manusia itu sendiri.Tidak kiranya ianya dari golongan kelas tinggi dari segi pemikiran ataupun cara hidup.
Dan sebagai golongan wanita yang selalunya penuh dengan rasa simpati seharusnya bersimpatilah kepada diri sendiri dahulu dan sedari bahawasanya ianya akan ada di sekitar kita.
Kategori utama keganasan dan penderaan terhadap wanita meliputi:
Bentuk Penderaan Terhadap Wanita
1. Penderaan Psikologi dan Emosi - Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita yang meninggalkan kesan buruk sama seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan sendiri.
2. Penderaan Fizikal - Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah antara contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang untuk mendapat keperluan asas seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk penderaan fizikal.
3. Penderaan Seksual – Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan juga dikategorikan sebagai penderaan seksual.
4. Penderaan Sosial – Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.
5. Penderaan Kewangan – Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan dan tidak dibenarkan membuka akuan bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri. Malah tidak dibenarkan mengawal wang mereka dan wang yang diperolehi akan dikawal oleh orang lain serta terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.
Bentuk Keganasan Terhadap Wanita
1. Gangguan Seksual
Terbahagi kepada gangguan bentuk lisan – teguran, komen, berjenaka, mengusik, membuat bunyi, dan perkataan yang kurang menyenangkan; bentuk isyarat – menjelir lidah, menjilat bibir, memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah; bentuk visual – menunjukkan material pronografi, melukis lakaran atau tulisan berdasarkan seksual, mempamerkan sesuatu berbentuk seksual; betuk ganguan psikologikal – undangan sosial yang tidak disenangi, diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji dan intimasi fizikal dan bentuk fizikal – sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.
2. Perkosaan dan Keganasan Seksual
Dari segi perundangan, definisi ´perkosaan´ atau ´rogol´ hanya terhad kepada perbuatan memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita secara paksa, tanpa kemahuan wanita tersebut. Jika seseorang wanita itu berumur di bawah 16 tahun, aktiviti seksual dengan atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan menurut undang-undang. Keganasan seksual ini juga termasuk pelakuan secara paksa, memasukkan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur wanita.
3. Keganasan Rumah Tangga
Keganasan seperti ini pada asasnya merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Antara contohnya ialah penderaan fizikal, memaksa wanita memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan, memaksa wanita memberitahu setiap gerak gerinya dan sebagainya.

Friday, September 4, 2009
Tentang ketidak sediaan
Tentang Ketidak sediaan.
Bagaimana persepsi tuan tentang ketidak sediaan?
Adakah ini normal buat budak yang masih belum cukup matang?
Atau ini sememangnya normal buat manusia yang lemah saja?Berkata seorang anak perempuan yang ketidak sediaan kehilangan ibu.
Yang mana ibu nya ketika ini di tengah-tengah antara anak perempuannya dan tuhan
Malah ibu pernah berkata padanya bahawasanya hidup mu anakku akan terus dan cemerlang selagi aku tanpa bersama mu..
Duhai pencipta langit yang kadangkala merah dan mendung gelap..
Anak itu benar-benar terluka untuk penyataan itu tetapi moga kata-kata ibunya itu hanya mimpi dan bukan kebenaran..
Ibunya bersambung lagi..
Kalian pernah kehilangan kasut,adakah kamu bersedia untuk kehilangan itu?
Kamu juga pernah kehilangan dompet yang di curi peragut,adakah kamu bersedia ketika diserang dan merampas begitu saja?
Sememang itu bukanlah seperti kehilangan nyawa,tetapi ianya terasing dari badan dan boleh terpisah sekiranya waktu itu datang. Dan ianya juga tidak kekal seperti yang lain lagi..
Malahan apabila itu semua terjadi pada mu anakku..
Kamu lebih bijak dalam melindungi dan menghargai sesuatu..
Malahan juga hidupmu diganti dengan perkara yang sama tetapi lebih indah..
Adakah kamu memikirkan tentang ketidak sediaan lagi apa bila kebaikan dan kebahagiaan itu sampai padamu?
Maka berderailah air mata sang anak buat seketika...
Sambung ibu lagi...
Ketidak sediaan itu adalah seperti gelas kosong yang pasti akan di limpahi air lagi..
Maka tunggulah anakku kerana tuhan mu akan beri kamu rasa air yang lebih enak sekiranya gelas itu mulai kosong..
Anak sayu memandang ibu yang sedang berjuang,
Beri aku masa buat nikmati melihat kamu bernafas ibu ku-berbisik anak sambil mengusap dahi ibu..
Hangatkan tangan ku yang masih kesejukkan ini.
Dedikasi buat sahabat ku yang sedang memohon kepada tuhan agar ibunya yang kini sedang berperang melawan penyakit dan terlantar di wad hospital akan baik seperti sedia kala.Aku doakan agak kamu sekuat air yang boleh memadamkan api.Tabah dalam apa jua dugaan nanti.Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)