Friday, September 4, 2009

Tentang ketidak sediaan

Tentang Ketidak sediaan.





Bagaimana persepsi tuan tentang ketidak sediaan?
Adakah ini normal buat budak yang masih belum cukup matang?
Atau ini sememangnya normal buat manusia yang lemah saja?Berkata seorang anak perempuan yang ketidak sediaan kehilangan ibu.
Yang mana ibu nya ketika ini di tengah-tengah antara anak perempuannya dan tuhan

Malah ibu pernah berkata padanya bahawasanya hidup mu anakku akan terus dan cemerlang selagi aku tanpa bersama mu..

Duhai pencipta langit yang kadangkala merah dan mendung gelap..

Anak itu benar-benar terluka untuk penyataan itu tetapi moga kata-kata ibunya itu hanya mimpi dan bukan kebenaran..
Ibunya bersambung lagi..
Kalian pernah kehilangan kasut,adakah kamu bersedia untuk kehilangan itu?
Kamu juga pernah kehilangan dompet yang di curi peragut,adakah kamu bersedia ketika diserang dan merampas begitu saja?
Sememang itu bukanlah seperti kehilangan nyawa,tetapi ianya terasing dari badan dan boleh terpisah sekiranya waktu itu datang. Dan ianya juga tidak kekal seperti yang lain lagi..


Malahan apabila itu semua terjadi pada mu anakku..
Kamu lebih bijak dalam melindungi dan menghargai sesuatu..
Malahan juga hidupmu diganti dengan perkara yang sama tetapi lebih indah..


Adakah kamu memikirkan tentang ketidak sediaan lagi apa bila kebaikan dan kebahagiaan itu sampai padamu?
Maka berderailah air mata sang anak buat seketika...


Sambung ibu lagi...
Ketidak sediaan itu adalah seperti gelas kosong yang pasti akan di limpahi air lagi..
Maka tunggulah anakku kerana tuhan mu akan beri kamu rasa air yang lebih enak sekiranya gelas itu mulai kosong..

Anak sayu memandang ibu yang sedang berjuang,
Beri aku masa buat nikmati melihat kamu bernafas ibu ku-berbisik anak sambil mengusap dahi ibu..
Hangatkan tangan ku yang masih kesejukkan ini.




Dedikasi buat sahabat ku yang sedang memohon kepada tuhan agar ibunya yang kini sedang berperang melawan penyakit dan terlantar di wad hospital akan baik seperti sedia kala.Aku doakan agak kamu sekuat air yang boleh memadamkan api.Tabah dalam apa jua dugaan nanti.Amin...

No comments:

Post a Comment