Sudah beberapa hari kebelakangan ini,aku sudah muak membaca status facebook ada diantaranya yang bersemangat dengan isu hak milik beberapa item kebudayaan dan cara hidup yang mana bagi sesebuah negara sangat mementingkan maruah hakmilik itu berbanding hubungan antara manusia.
Aku tak akan bercakap seperti orang pandai yakni mengeluarkan statement dan fakta yang boleh didapati di hujung jari dengan bertanya kan tuhan google dan kalian boleh menunjuk kan taring kebijak sanaan kononnya untuk bercakap tentang hal yang mana rakyat tidak punya iphone,blackberry atau broadband dengan laptop yang boleh mensahih kan fakta kalian bila kalian mula bicara tentang hak milik ini konon nya.
Cukup lah bila ada sekumpulan kecil rakyat Indonesia yang mulai meletakkan hak milik mereka dengan emosi bila bercakap tentang sesuatu.Maka kita yang di persalahkan ini tidak perlulah menambah marak kemarahan itu atau melayan perkara yang ku anggap remeh itu.HAH!kenapa aku cakap ini perkara remeh?
Kalau benar-benar kalian yang bercakap tentang hak milik,maka lebih baik mengkaji dahulu setiap yang ada disekeliling dan diri sendiri.Mungkin ini penilaian bodoh bagi orang yang membaca penulisan ku ini,tetapi tidakkah kalian sedar yang setiap inci dibahagian badan itu bukan hak milik anda dan apa yang kalian anuti dan pakai itu juga bukan hak milik anda?
Seandainya satu hari nanti ada pak Arab yang claim Nabi Muhammad dan Allah itu hak milik negara mereka adakah ini masih boleh di terima pakai?Atau Negara Thailand marah bila rakyat malaysia suka sangat makan beras siam dan mengambil balik setiap biji beras siam yang di import dan adakah kita harus berhenti untuk makan?
Maka apa yang ingin aku katakan disini,syabas buat rakyat Malaysia yang berdiam diri dan tidak beremosi dengan isu-isu orang ilmiah ini kononnya yang bercakap tentang sejarah yang tak akan habis-habis. Kita bukanlah tidak sensetif tetapi belum waktunya untuk sensetif tak tentu pasal.Jangan terlalu bijak pandai untuk keluarkan semuanya kerana kebodohan akan terserlah sekiranya kita terlalu takbur dalam membanggakan kebijakkan kita.
Percaya atau tidak satu hari nanti akan ada negara yang claim negara kita ini adalah hak milik negara mereka dan ada diantara kita yang mengiyakan adakah kalian masih mengiyakan juga?
Aku bukanlah rakyat yang bersemangat patriotik,tetapi aku bercakap begini kerana ada diantara kita yang kadang-kadang lupa bila bercakap dan cepat melatah.Memang ada yang kita boleh salahkan kepimpinan tetapi bukan tujukan kepada kumpulan rakyat.
ini antara peribahasa mudah yang aku berminat untuk berkongsi dan cuba kita ambil iktibar dari kata ini. -DIMANA BUMI DI PIJAK,DISITU LANGIT DI JUNJUNG
p/s:selamat berpuasa dan jangan marah-marah. ;)
No comments:
Post a Comment