Tuesday, August 31, 2010

tanpa tajuk-untuk kali kedua.

Ingin ber kongsi sedikit tulisan yang aku karangkan hampir 3 bulan yang lepas sempena kelahiran anakku sarahc. Pada sambutan lahir pertama, aku hadiahkan satu karya visual dan untuk kali kedua, satu tulisan berbentuk puisi aku karangkan buat beliau.subjek utama hidup kini dan obsesinya semakin menjadi-jadi!

Terima kasih kepada ibuku kerana melahirkan aku,
terima kasih kepada anakku kerana kamu hadir ke bumi ini melalui ku,
melalui lubang faraj ku...

kesakitan kasih sayang kelahiran seperti semalam terjadi,
penuh selaput putih dikulit merahmu waktu itu,
aneh,seperti daging merah yang bergerak minta dikasihani mulanya,
tetapi setelah beberapa seketika,
aku pula yang mulai seperti meminta untuk dikasihi oleh kamu,
anakku.

aku kira jari jemari kaki dan tangan mu 1 sehingga 20,
lengkap.
aku teliti setiap inci tubuh kecilmu,
wah!lebih sempurna dari mimpiku selama 9 bulan 10hari sebelum ini,
dan aku lihat didahimu ada tanda merah,
ya,mungkin itu petanda istimewa,
cop dirgahayu buat ibumu,

wahai kekasih kecilku...
cintaku yang melonjak-lonjak setiap hari..
kau ubat bius yang tenangkan aku,
semoga tahun kedua hari lahirmu ini menambahkan warna pelangi setelah kilat sabung menyabung melaknati kita,
semoga kata 'i love you' kamu lebih jelas bunyinya agar aku boleh tersenyum seketika kamu mencontengkan rak buku kesayanganku,

dan 20 tahun lagi,
waktu kamu boleh membaca dan memahami kata ini dengan baik,
pasti kamu akan memeluk ku dan cium dahi ku,
waktu itu aku genggami tangan mu,
sambil menggosok belakangmu dan membisikkan 'terima kasih' kepada kamu,
terima kasih kerana tabah melalui hidup bersamaku!
anakku yang manis...

-25 may 2010 yang hampir kepada 26 haribulan.

2 comments:

  1. Kamu buat saya nangis dengan kata2 tu. Hebat!

    ReplyDelete
  2. kata-kata boleh buat kalian menangis tetapi kadang-kadang sungguh bahaya yang boleh buat manusia mati.memang lidah lebih tajam dari pedang.aku tak cuba buat untuk ditangisi,tetapi berfikir dan bertindak lebih baik.kita rasional saja.terima kasih..aku hargai setiap airmata yang menghargai kelahiran anak perempuan ku yang banyak merubah persepsiku pada haiwan yang kita panggil manusia.

    ReplyDelete