Tuesday, March 27, 2012

LIM NAN SENG: Memperingati Karya Awal Koleksi Seni Seramik Balai Seni Visual Negara


LIM NANG SENG: Memperingati Karya Awal Koleksi Seni Seramik Balai Seni Visual Negara

Lim Nang Seng telah dilahirkan pada tahun 1916 di Kuching, Sarawak dan aktif berkarya di Malaysia dan Singapura. Beliau adalah di antara pengarca yang bertanggungjawab di dalam menghasilkan patung “The Merlion”  pada tahun 1972 dan adalah di antara perintis pengarca di Singapura. Beliau telah meneruskan pengajian secara teknikal seni arca dari pembuatan patung tanah liat di Selatan China dan selepas  Perang Dunia Kedua beliau telah kembali ke Malaysia dan mengajar di sebuah sekolah di Bekok, Johor. Bermula dari sini, penggunaan tanah liat sungai yang berwarna lebih gelap digunakan dalam menghasilkan karya. Menggunakan imej dan rupa perempuan tempatan telah diperlihatkan di dalam arca-arca yang telah dihasilkan oleh Lim Nang Seng untuk mengekspresikan unsur masyarakat Malaysia ketika itu.

Balai Seni Visual Negara telah memiliki  lima karya awal Lim Nang Seng yang di beli pada tahun 1959, 1961 dan 1963. Berdasarkan koleksi dari Balai Seni Visual Negara ini, empat daripada karya beliau adalah imej perempuan yang melambangkan variasi kumpulan kaum masyarakat Malaysia pada ketika itu.

Bermula dari karya pertama koleksi seni seramik yang bertajuk, “Perempuan India”, bersaiz 33 x 20 x 23 cm dan diperbuat daripada tanah liat. Penggunaan warna semulajadi tanah yang lebih  gelap dikekalkan oleh pengkarya  dan diolah menjadi figura yang hanya dibuat menerusi wajah seorang perempuan berbangsa India. Pengkarya turut meletakkan beberapa ciri-ciri tradisional perempuan India yang ditonjolkan melalui pakaian tradisional India iaitu sari yang boleh dilihat di bahu arca dan juga beberapa eksesori ringkas seperti bunga melur di sanggul pada rambut, subang telinga dan rantai pada wajah figura.

Selain daripada itu juga, arca seramik figura bersanggul dalam karya “Pain In The Toe” yang dihasilkan pada 1959 telah diolah dengan figura yang lengkap. Pada tahun 1961, dua karya yang bertajuk “Perempuan Melayu - Malay Girl”  juga telah dimiliki oleh BSVN. Karya yang memperlihatkan separuh figura dan satu lagi figura lengkap yang telah diolah dalam bentuk yang lebih minimal. Satu lagi  karya seramik Lim Nang Seng  yang berbentuk haiwan  menjadi koleksi BSVN yang diberi tajuk “Kambing” pada tahun 1963.

Karya arca bersaiz kecil oleh Lim Nang Seng yang menggunakan warna-warna minimal merupakan antara koleksi-koleksi awal arca seramik yang penting di dalam pembangunan seni negara. Ini berdasarkan latar belakang pelukis yang aktif berkarya di peringkat tempatan dan antarabangsa, selain daripada tindakbalas idea dan penterjemahannya melalui karya pada ketika itu yang banyak dipengaruhi oleh keadaan dan situasi tempat itu sendiri.

Pembelian karya setahun selepas merdeka ini amat besar nilainya sekiranya kita melihat semula tentang bagaimana penyatuan kaum di dalam pembentukan negara yang digambarkan oleh pengkarya melalui karya masing-masing. Penggunaan imej figura perempuan/wanita di dalam pelbagai etnik dan kaum telah menjadikan karya-karya Lim Nang Seng mempunyai nilai informasi pensejarahan seni yang patut kita hargai.




LIM NANG SENG: Remembering The Earliest Works Acquired By The Ceramic Collection of The National Visual Arts Gallery

Born in 1916 in Kuching, Sarawak, Lim Nang Seng worked actively as an artist in Malaysia and Singapore. Heralded as one of Singapore’s pioneer sculptors, he was involved in the construction of  “The Merlion” statue in 1972. He studied techniques of making clay figurines in Southern China during the Second World War. Upon his return to Malaysia after the war, he became a teacher at a school in Bekok, Johor. From that juncture onwards, he used darker colour river clay to fabricate his sculptural works. In many of his sculptures, he employed images of local women to express the reality and experiences of Malaysian society at that time.

The National Visual Arts Gallery (NVAG) possesses five sculptural pieces by Lim Nang Seng which it acquired in 1959, 1961 and 1963. Four of them feature female figures that represent two main ethnic groups living in Malaysia.

“Perempuan India”, measuring 33 x 20 x 23 cm, was the first ceramic art ever bought by NVAG for its ceramic collection. In this portrait sculpture of an Indian woman, the artist still maintained the use of clay with dark natural colour.  The artist also incorporated a few traditional elements often associated with Indian women, such as the traditional saree that is draped over her left shoulder and simple accessories like jasmine flower on hair, earrings and necklace that adorn her face.

NVAG next acquired “Pain In The Toe”, a sculpture of a complete female figure wearing a hair bun that was produced by the artist in 1959. Subsequently in 1961 NVAG purchased two works with the same title, “Perempuan Melayu - Malay Girl”; one depicts a female bust and the other a complete female figure composed much more  minimally than the former. An animal form sculpture by Lim Nang Seng, entitled “Kambing”, entered the NVAG collection in 1963.

These small-scale sculptural works in minimal colours by Lim Nang Seng formed part of the earliest collections of ceramic art in this country. Owing to his active involvement in both local and international art scenes, given that his themes and ideas were mainly rooted in the local milieu, these sculptures are indeed pivotal to the development of Malaysian art.

In the case of the “Perempuan India” piece, the acquisition of this work one year after the Independence of Malaysia, in retrospect, was immensely significant given the efforts made by local artists then to express, through their art, the unity of the people in the interest of the nation-building. By depicting female figures of different ethnicities, sculptural works by Lim Nan Seng hold important historiographical data and information pertinent to art that we should greatly appreciate and value.

PAMERAN SENI SERAMIK: PILIHAN DARIPADA KOLEKSI BSVN


PAMERAN SENI SERAMIK: PILIHAN DARIPADA KOLEKSI BSVN adalah sebuah pameran  yang memaparkan koleksi karya seramik  dari tahun 1959 sehingga 2011. Pemilihan karya yang dibuat adalah antara karya seramik terpilih yang dimiliki oleh Balai Seni Visual Negara (BSVN). Pameran ini bertujuan untuk berkongsi dengan pelawat dan peminat seni tanahair tentang kehadiran arca dan karya seni seramik di dalam Koleksi Himpunan Tetap BSVN. Ianya juga merupakan satu medium koleksi negara yang diberi perhatian dalam proses pemuliharaan karya di Bahagian Koleksi dan Konservasi sekiranya kita melihat kepada cara dan proses penghasilan karya yang menggunakan bahan semulajadi dan melalui beberapa cara penghasilan seperti proses pembakaran dan teknikal khas di dalam meluahkan kreativiti pengkarya.

Antara pengkarya seni seramik yang diperincikan untuk pameran ini adalah karya-karya oleh Lim Nan Seng dan ianya juga adalah antara karya terawal dalam koleksi BSVN. Karya bertajuk “Perempuan India” dihasilkan pada tahun 1958. Perolehan ini telah dibuat pada tahun 1959 dengan bilangan pembelian yang ke-51.

Turut dipamerkan ialah karya oleh Yeoh Jin Leng, yang merupakan salah seorang pengkarya seramik yang banyak menyumbang kepada pembangunan seni di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Beliau merupakan seorang pelukis yang mengamalkan aliran abstrak ekspressionis tanahair di dalam pengolahan karya-karya catan dan banyak memperolehi anugerah serta geran antarabangsa. Instalasi seni seramik yang bertajuk ‘Human, Icon and Precious Earth’ adalah antara karya yang penting di dalam Pameran Salon Malaysia 1991/1992 yang telah berlangsung di BSVN (sebelum ini dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Instalasi  yang memperkatakan tentang kajian alam yang berkaitan antara flora dan fauna banyak menggunakan warna yang lebih minimal dan berunsur alam memperlihatkan karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan perbezaan pergerakkan dari pengolahan  karya beliau sebelum itu. Kelebihan pengkarya di dalam bidang pengkajian, penulisan dan intelektual turut mempengaruhi  penghasilan karya-karya seramik beliau.

Selain daripada itu juga, dua pengkarya seni seramik wanita tersohor yang kini bergelar Profesor Madya di dalam bidang seramik turut diketengahkan. Faridah Mohd Yusof  dan Ham Rabeah Kamarun merupakan pengkarya seni seramik yang menekankan tentang sudut teknikal dan idea yang konsisten. Karya-karya mereka mempunyai signifikan tertentu di dalam penyampaian idea dan konsep. Ini adalah sejajar dengan jawatan sebagai seorang pendidik dalam bidang kesenian seramik di universiti tempatan dan telah  melahirkan sebilangan pengkarya seni seramik tempatan.

Nama-nama pengkarya lain seperti Hassan Yusof, Chooi Kok Keong, Yeoh Tuan Yeam, Micheal Muthu, Aw Eng Kwang, Cheah Yew Saik, Abdul Hanif Mohd Noor, Wan Ahmad Mohamed, Jasmine Kok, Mohd Roslan Ahmad, Umi Baizurah Mahir@Ismail, Mohd Al Khuzairie Ali dan karya terbaru dalam koleksi BSVN adalah dari pengkarya Chang Yoong Chia.

Manakala koleksi dari pengkarya antarabangsa pula adalah dari Koleksi Kraf USSR dan juga koleksi  dari pameran  Seni Seramik Kontemporari Antarabangsa 2007. Perbezaan  ruang dan masa memperlihatkan bagaimana pengkarya-pengkarya antarabangsa ini bertindakbalas terhadap situasi masing-masing.

Pendekatan teknikal, pigmentasi dan gaya persembahan yang beragam di dalam koleksi yang dimiliki sekarang  menunjukkan kepelbagaian inspirasi, bentuk dan rupa  dalam seni seramik. Ianya juga mempunyai  signifikan tertentu yang menjadikan karya-karya ini penting di dalam pergerakkan seni visual Malaysia.

Semoga  pameran ini akan memperlihatkan sejauh mana kepentingan seni seramik di dalam ruang seni visual negara. Kekuatan kreativiti dalam penyampaian konsep dan idea oleh pengkarya telah mengubah persepsi seni seramik yang hanya dilihat dari sudut fungsi dan kegunaan.


CERAMIC ART EXHIBITION: A SELECTION FROM THE NVAG COLLECTION unveils a selection of ceramic works acquired by the National Visual Arts Gallery (NVAG) since 1959 until 2011. These selected pieces represent some of the best ceramic art  currently owned by NVAG. This exhibition aims to instill awareness among visitors and local art lovers about the existence of works by ceramic artists that are kept in the collection of NVAG. It also means to highlight the conservation efforts on the ceramics housed in the national collection which are undertaken so earnestly by the NVAG’s collection and conservation department given that these objects are largely made from natural materials using specific production processes and firing techniques.

Among the ceramic works featured in this exhibition are the ones by Lim Nan Seng which formed part of the earliest collection of ceramic art in NVAG. The purchase of his “Perempuan India”, created in 1958 (a year after the proclamation of Independence). It was made in 1959 and is identified by acquisition number 51.

Yeoh Jin Leng, another artist included in this exhibition, has contributed extensively to the development of art not only locally but also internationally. One of the pioneers of abstract expressionist painting in Malaysia, he has received numerous international awards and grants. His ceramic installation entitled “Human, Icon and Precious Earth” was among the notable exhibits in the 1991/1992 Salon Malaysia held at NVAG (then known as National Art Gallery). It addresses environmental concern vis-a-vis the situation of the flora and fauna. His minimal application of earthy colours contributes to its uniqueness and marks an apparent shift from his previous artworks. The artist’s expertise in the field of research, writing and scholarhip to a large extent influences the creation of his ceramics.

Works by two renowned female ceramicists, now associate professors of ceramic art, are also displayed in this show. Faridah Mohd Yusof and Ham Rabeah Kamarun consistently put emphasis on aspects of ideas and techniques and their works have a certain significance in respect of transmitting ideas and concepts. This is in line with their academic positions in a local university whose training and education programmes in art, especially ceramic art, are designed and focused to produce ceramic artists.

Other artists include Hassan Yusof, Chooi Kok Keong, Yeoh Tuan Yeam, Micheal Muthu, Aw Eng Kwang, Cheah Yew Saik, Abdul Hanif Mohd Noor, Wan Ahmad Mohamed, Jasmine Kok, Mohd Roslan Ahmad, Umi Baizurah Mahir@Ismail, Mohd Al Khuzairie Ali and Chang Yoong Chia whose work is the latest to be added to the NVAG collection.

The collection of ceramics by international artists is basically made up of works from the Collection of Craft by Russian artists and those acquired during the 2007 International Contemporary Ceramic Art exhibition. A selection of works by international ceramicists from this collection is also showcased here.

In brief, the various approaches, techniques, pigmentations and presentation styles found in the ceramic works presently placed in the NVAG collection reveal a diversity of styles, shapes and forms in ceramic art. These ceramic pieces possess a certain significance that makes them profoundly important to the development of visual art in Malaysia.

It is our hope that this exhibition will demonstrate the importance of ceramics in the world of Malaysian visual art where they are often viewed from a functional perspective and based on their appearances and forms. Moreover, the presence of ceramic art within the larger context of visual art provides a choice of different artistic styles whose strength, substance, concept and idea correspond to the process and practice of ceramic art itself.