Tuesday, March 27, 2012

LIM NAN SENG: Memperingati Karya Awal Koleksi Seni Seramik Balai Seni Visual Negara


LIM NANG SENG: Memperingati Karya Awal Koleksi Seni Seramik Balai Seni Visual Negara

Lim Nang Seng telah dilahirkan pada tahun 1916 di Kuching, Sarawak dan aktif berkarya di Malaysia dan Singapura. Beliau adalah di antara pengarca yang bertanggungjawab di dalam menghasilkan patung “The Merlion”  pada tahun 1972 dan adalah di antara perintis pengarca di Singapura. Beliau telah meneruskan pengajian secara teknikal seni arca dari pembuatan patung tanah liat di Selatan China dan selepas  Perang Dunia Kedua beliau telah kembali ke Malaysia dan mengajar di sebuah sekolah di Bekok, Johor. Bermula dari sini, penggunaan tanah liat sungai yang berwarna lebih gelap digunakan dalam menghasilkan karya. Menggunakan imej dan rupa perempuan tempatan telah diperlihatkan di dalam arca-arca yang telah dihasilkan oleh Lim Nang Seng untuk mengekspresikan unsur masyarakat Malaysia ketika itu.

Balai Seni Visual Negara telah memiliki  lima karya awal Lim Nang Seng yang di beli pada tahun 1959, 1961 dan 1963. Berdasarkan koleksi dari Balai Seni Visual Negara ini, empat daripada karya beliau adalah imej perempuan yang melambangkan variasi kumpulan kaum masyarakat Malaysia pada ketika itu.

Bermula dari karya pertama koleksi seni seramik yang bertajuk, “Perempuan India”, bersaiz 33 x 20 x 23 cm dan diperbuat daripada tanah liat. Penggunaan warna semulajadi tanah yang lebih  gelap dikekalkan oleh pengkarya  dan diolah menjadi figura yang hanya dibuat menerusi wajah seorang perempuan berbangsa India. Pengkarya turut meletakkan beberapa ciri-ciri tradisional perempuan India yang ditonjolkan melalui pakaian tradisional India iaitu sari yang boleh dilihat di bahu arca dan juga beberapa eksesori ringkas seperti bunga melur di sanggul pada rambut, subang telinga dan rantai pada wajah figura.

Selain daripada itu juga, arca seramik figura bersanggul dalam karya “Pain In The Toe” yang dihasilkan pada 1959 telah diolah dengan figura yang lengkap. Pada tahun 1961, dua karya yang bertajuk “Perempuan Melayu - Malay Girl”  juga telah dimiliki oleh BSVN. Karya yang memperlihatkan separuh figura dan satu lagi figura lengkap yang telah diolah dalam bentuk yang lebih minimal. Satu lagi  karya seramik Lim Nang Seng  yang berbentuk haiwan  menjadi koleksi BSVN yang diberi tajuk “Kambing” pada tahun 1963.

Karya arca bersaiz kecil oleh Lim Nang Seng yang menggunakan warna-warna minimal merupakan antara koleksi-koleksi awal arca seramik yang penting di dalam pembangunan seni negara. Ini berdasarkan latar belakang pelukis yang aktif berkarya di peringkat tempatan dan antarabangsa, selain daripada tindakbalas idea dan penterjemahannya melalui karya pada ketika itu yang banyak dipengaruhi oleh keadaan dan situasi tempat itu sendiri.

Pembelian karya setahun selepas merdeka ini amat besar nilainya sekiranya kita melihat semula tentang bagaimana penyatuan kaum di dalam pembentukan negara yang digambarkan oleh pengkarya melalui karya masing-masing. Penggunaan imej figura perempuan/wanita di dalam pelbagai etnik dan kaum telah menjadikan karya-karya Lim Nang Seng mempunyai nilai informasi pensejarahan seni yang patut kita hargai.




LIM NANG SENG: Remembering The Earliest Works Acquired By The Ceramic Collection of The National Visual Arts Gallery

Born in 1916 in Kuching, Sarawak, Lim Nang Seng worked actively as an artist in Malaysia and Singapore. Heralded as one of Singapore’s pioneer sculptors, he was involved in the construction of  “The Merlion” statue in 1972. He studied techniques of making clay figurines in Southern China during the Second World War. Upon his return to Malaysia after the war, he became a teacher at a school in Bekok, Johor. From that juncture onwards, he used darker colour river clay to fabricate his sculptural works. In many of his sculptures, he employed images of local women to express the reality and experiences of Malaysian society at that time.

The National Visual Arts Gallery (NVAG) possesses five sculptural pieces by Lim Nang Seng which it acquired in 1959, 1961 and 1963. Four of them feature female figures that represent two main ethnic groups living in Malaysia.

“Perempuan India”, measuring 33 x 20 x 23 cm, was the first ceramic art ever bought by NVAG for its ceramic collection. In this portrait sculpture of an Indian woman, the artist still maintained the use of clay with dark natural colour.  The artist also incorporated a few traditional elements often associated with Indian women, such as the traditional saree that is draped over her left shoulder and simple accessories like jasmine flower on hair, earrings and necklace that adorn her face.

NVAG next acquired “Pain In The Toe”, a sculpture of a complete female figure wearing a hair bun that was produced by the artist in 1959. Subsequently in 1961 NVAG purchased two works with the same title, “Perempuan Melayu - Malay Girl”; one depicts a female bust and the other a complete female figure composed much more  minimally than the former. An animal form sculpture by Lim Nang Seng, entitled “Kambing”, entered the NVAG collection in 1963.

These small-scale sculptural works in minimal colours by Lim Nang Seng formed part of the earliest collections of ceramic art in this country. Owing to his active involvement in both local and international art scenes, given that his themes and ideas were mainly rooted in the local milieu, these sculptures are indeed pivotal to the development of Malaysian art.

In the case of the “Perempuan India” piece, the acquisition of this work one year after the Independence of Malaysia, in retrospect, was immensely significant given the efforts made by local artists then to express, through their art, the unity of the people in the interest of the nation-building. By depicting female figures of different ethnicities, sculptural works by Lim Nan Seng hold important historiographical data and information pertinent to art that we should greatly appreciate and value.

No comments:

Post a Comment