Perkara pertama yang ingin aku kongsi ialah tentang konsep kejiranan dalam komuniti kita sekarang.Mungkinlah ada yang terfikir tentang perkara lain yang lebih penting yang boleh di katakan tapi untuk masa sekarang ini yang aku fikir dan kadangkala kalanya aku adakah aku yang tidak memahami konsep kejiranan yang hanya mementingkan diri atau mereka sebaliknya.
Ini bermula bila aku berpindah ke tempat baru.Berpindah bersama seorang anak perempuan ku yang masih kecil,lingkungan umur 1 tahun.Memang kawasan apartment yang aku tinggal ini agak aman sekiranya di bandingkan untuk lingkungan bahagian kawasan Ampang.Ianya perumahan yang penduduknya berbilang bangsa.Melayu,Cina,India,Bangla,Arab, Mat Saleh dan ada yang tidak dapat dikenal pasti bangsanya.Aku tak perduli sangat pun.Ini semua manusia yang darahnya merah dan tengkorak kepalanya keras.Dan aku selesa untuk ada jiran yang kepelbagaian dan mereka kelihatan ada hidup yang bukan komuniti yang berfikiran cetek.Mereka tidak menjaga tepi kain orang dan menegur sapa antara satu sama lain.Dalam erti kata lain,senyuman selalu ada disini.
Ruang rehat diluar juga agak selasa..ada playground,pokok-pokok kemboja dan kucing-kucing.Ini aktiviti setiap petang aku dan anak ku lakukan.Petik bunga,main buai dan kejar kucing-kucing yang comel tetapi sombong.Mungkin mereka cukup makan dan tak mau depan dengan kami yang tangan kosong bila kejar nya...hahaha..
Tetapi untuk akhir2 ini aku kurang sabar dengan beberapa jiran tetangga disini.Seperti mana yang aku katakan,hidupku kini ada bersama anak yang masih kecil.Kalaulah diri ku seorang tak mungkin aku berfikir begini dan pergi mati dengan hal masing-masing.Tapi dalam masa 24 jam per hari jiran di tingkat atas akan bermain piano dalam lingkungan masa anakku tidur 10am-12pm. Dan sebelum nya jiran di sebelah rumah akan memasangkan radio yang kadar bunyinya melebihi pendengaran manusia normal.Itu pula dalam masa 8 am- 12pm juga...Dan di waktu malam anak jiran tingkat atas akan berlatih gimnastiknya yang menggunakan bola dalam waktu 12malam hingga 1 pagi mungkin!hah...mula-mula dahulu anakku memang selalu ter sentak bila hal2 ini berlaku dalam waktu dia tidur,tapi mungkin dia harus biasa kan hal ini juga...Untuk menyedapkan hati aku,aku terfikir bagaimana lah anak-anak di zaman perang boleh aman tidurnya, boleh bernafas dengan tidak degupan jantung yang terlalu deras kalau situasi sekeliling porak peranda dan ini pasti sukar untuk jalani hidup.
Berbalik pada siatuasi aku,secara rasionalnya aku terasa bukan masanya lagi aku konfran dengan mereka-mereka ini.aku anggap mereka punya masalah mental dan sikap pentingkan diri terlalu kuat.Mungkin mereka boleh menjalankan hobi seperti itu,itu buat pokok persoalannya.Tapi dengan cara yang bagaimana?Pasanglah menebat bunyi di dinding atau tutup pintu waktu bunyi-bunyian itu di alunkan.Sekurang-kurangnya ianya tidak lah membuatkan aku menyumpah sorang-sorang di rumah.
Sekiranya mereka percaya pada agama masing-masing memang ada termaktub bagaimana konsep kejiranan itu sendiri,tetapi sekiranya mereka seorang yang menolak agama percaya kepada konsep kemanusiaan, itujuga ada meletakkan dasar-dasar positif dengan orang sekeliling...
Walaubagaimana pun semoga aku tidak tergolong dalam orang yang sebegitu.Maksudku orang yang pekak dan buta untuk orang sekeliling.Harap-harap anankku belajar dari hidup nya ini.Mungkin ini ujian kesabaran stage 11!ahahahaha...hidup ini satu permainan ya!bila aku lepas tahap ini mungkin ada tahap yang lebih tinggi untuk sampai ke tahap Dewa!!!huhuhhuhu...aku dah merapu! ;)
hey mummy intan dan si cantik sarah!
ReplyDeleteyeah, aku dapat merasakan tekanan kau, tapi aku rasa kalau kat area rumah aku ni lebih HARDCORE! the rempits, budak2 yg besar kepala, dan org2 yg suka test enjin kereta depan bengkel! cobaan babe! itu baru cerita org, belum anjing2 jiran yg tak pasal2 menyalak ...pastu kalau malam, anjing liar main kejar2... fuiiih gila lah!
tapi like you said, kita kena banyak sabar, kalau ikutkan hati, aku nak molotov aja budak2 rempit dan org2 yg suka memekak dgn kereta diorg tu. heheh...
kitaorg kalau ada chance, pakai sound jugak budak yg merempit sebelah rumah aku tu, bebe lah yg selalu pegi sound, dan aku rasa bebe memang tau cara tegurorg secara halus tapi pedas... so biasanya lepas kena tegur tu, diaorg ok lah skit. tapi kejap je ...pastu mula balik.
mungkin juga cara mereka yg individualist atau org2 ni melepaskan tension. so itu lah...payah, nak tegur salah, kalau tak tegur, kita yg tension... eeehhhmmmm.....