1 May 2010,sekali lagi aku melibatkan diri untuk Frinjan event.Ya,kali ini buku mata.Ide untuk performance kali ini aku cuba untuk ketengahkan isu beradu kekuatan.Beradu kekuatan 'seorang lawan seorang.
Masih teringat tentang persembahan itu tetapi seperti biasa ada perasaan tidak puas hati pada diri sendiri.Apakah sampai apa yang aku perlakukan pada jiwa mereka malam itu?apakah mereka berfikir atau beku unuk mempersoalkan kembali?
Setelah selesai performance,volunteer yang membantu aku dalam persemhan itu datang pada ku dan bertanya tentang apa yang aku buat sebentar tadi.disertai beberapa orang kawan yang lain ingin mendengan alasan manusabah yang akan aku berikan.Aku faham yang tangan beliau masih terasa sakit sama seperti ku juga sekarang. ;)
soalan beliau:performance itu tentang apa?
Jawapan:ya,mungkin agak keperempuanan dan personal tetapi aku berkongsi tentang survival dan kemenangan dalam situasi berbeza.
Soalan:terangkan pada saya.
(menelan air liur,otak melalui ruang kreativiti untuk menjawab)Nah!
jawapan: perlawanan pertama seorang lawan seorang yang mana saya rasa dalam situasi yang seimbang.Kamu perempuan dan saya perempuan.Saya ada agenda dan survival untuk di juangkan dan kamu juga punya perkara yang sama.Kita diletakkan di kawasan terbuka untuk bertanding kekuatan.Kebiasaan bila kita bercerita tentang ego,tak mungkin pencabar atau yang di cabar ingin kalah dalam versus ini.Nah!untuk perlawan pertama aku di kalahkan.dan aku adakan kali kedua.yang mana aku kidal,dan aku tahu,perlawan pertama tadi aku ingin beri kemenangan buat yang aku cabar.Dan kali kedua aku berusaha untuk menang.alasan manusabahkerana aku survival sebagai seorang ibu dan pencabar aksi itu,maka aku perlu kemenang pertama untuk aksi seterusnya selepas itu.
Tentang perlawan dengan anak kecil:aku beri semangat untuk dia menang.ya.memang aku cabar dia untuk menang.Tetapi tak mungkin aku akan kalahkan dia dalam situasi berperikemanusiaan dan dasar rasionaliti.Dan kemenangan aku percaya bukan hak pada situasi tertentu.maka kekalahan kadangkala berpihak untuk menjadi menang dan lebih 'gentlemen'.
Dan tentang perlawanan dengan lelaki:Dalam situasi aku mencabar kepada pencabarna dalah seorang lelaki.maka adakah aku patut kalah atau aku perlu menang?kerana melihat fizikalnya saja aku seakan pasti kali ini aku kalah.Memandangkan tanganku juga sudah sakit akibat berlawan 3 pusingan sebelum itu.Tetapi atas dasar pencabar,kali ini aku harus menang.Adakah kali ini yang dicabar peduli tentang survival atau agenda pencabar?adakah dia peduli situasi aku yang susah penat beradu tenaga sebelum ini?adakah dia akan turunkan egonya sebagai mana yang aku buat sebelum ini kepada anak kecil tadi?ya,aku sudah nampak,dia tak akan peduli itu semua,anggapan tipikal ku hampir 100% betul dan kali ini main kotor atau tidak aku pasti aku cuba untuk menang.Ya..aku main tipu,aku menang. ;)
Soalan:sekiranya saya juga seperti saudari yang survival dengan diri dan anak kecil dan permasalahan yang lain,adakah perlu saya beri kemenangan pada saudari?
jawapan:tak perlu.memang bunyinya agak tidak kemanusiaan.Tetapi adakah menjadi manusia itu sudah cukup membuktikan kemanusiaan itu penting dalam situasi merebut kemenangan?Kalau betul perkara itu wujud tak mungkin ada perang atau manusia ragut nyawa lain untuk terus bernafas... ;)
No comments:
Post a Comment