Berdamailah dengan tuhan kamu.
Aku katakan kepada anak ku bahawasanya tuhanmu berada
dibelakang tengkuk kamu sendiri,
Sangat hampir dengan deria rasamu: mulut, telinga
malah kamu boleh menyentuh tetapi malangnya penglihatan kamu
tak mungkin dapat mencapai pandangan itu,
Tetapi anakku,
engkau masih boleh melihatnya melalui cermin,
sifat yang kau miliki itu adalah cerminan dari tuhan mu,
Dan kau berdamailah dengan tuhan kamu,
Cintai lah Dia dengan tanggapan yang paling mudah,
Dan kau panggil lah dia dengan panggilan yang paling kamu
rindui,
dan kau selindungilah hubungan sulit mu dengan tuhan kamu
sebaik mungkin,
Aku dan kau berdamailah dengan tuhan kamu,
Cukuplah menghukum tuhan mu dengan menggunakan kuasa Nya,
Malah,
aku ingin bisikkan satu rahsia;
Tuhan itu bukan alphabet,
bukan nombor,
bukan simbol,
bukan warna,
bukan objek,
bukan virus,
bukan penyakit berjangkit atau halilitar yang sangat garang,
malah DIA zat,
khasiat,
dan vitamin yang menjadikan kau anak yang ada hati yang
cerah,
manusia yang berperikemanusiaan,
melihat kelilingmu dengan rasa cinta dan kasih sayang yang
paling nikmat.
Janganlah kau berlebihan akan nanti kau jadi obses dan
ekstrem dan jangan kau berkurangan
akan nanti jiwa kau mati sebelum badanmu mereput,
Berjanjilah dan jangan kau ceritakan ini pada sesiapa,
Ibumu tidak gila, dia hanya ingin kamu bertenang kerana di
luar sana manusia sedang berhadapan dengan sangkakala.
Kasihanilah mereka seperti mana tuhan mengasihini kita,
Kerana aku tahu sesuatu,
yang aku selalu dilamun cinta dengan tuhan ku sendiri,
Dia amat baik, memahami dan tidak pernah menghampakan.
Selamat malam anakku ,
Mimpi indah,
Tuhan kamu, aku dan kau,
Berdamailah.
Ahad, 20 oktober 2013. (1:15 am)
No comments:
Post a Comment