Meraikan Hari Malaysia yang ke 50
pada tahun 2013 disambut dengan satu pameran yang bertajuk SELAMAT HARI
MALAYSIA – M50. Program seni ini telah berlangsung dengan penyertaan 40 galeri
diseluruh Negara dan satu pameran khas telah di anjurkan oleh BSVN dan
kerjasama dari galeri Whitebox, Mapkl.
Perancangan pameran yang disertai oleh pelbagai latarbelakang, umur ,medium
seni dan pendekatan dari pengkarya telah memeriahkan lagi pameran M50 pada kali
ini.
Penulisan saya kali ini adalah bukan untuk
memberi penjelasan tentang pameran M50 itu sendiri atau menegaskan kepentingan
pameran dalam mengangkat tema yang dianjurkan. Malahan saya cuba melihat semula
tentang posisi, keadaan tegang dan dari
sudut kritikal bagaimana reaksi yang memperlihatkan kepentingan dalam
membincangkan hal-hal berkaitan seni visual dalam zaman yang mana kita di
canangkan dan melibatkan diri bagi para penggiat seni untuk mempercayai
kesenian itu satu medium yang mempunyai kuasa demokrasi dan hak kebebasan
bersuara sebagai tanda rakyat yang berhimpun dalam satu negara yang menjadi dan
wujud atas nama MALAYSIA.
Selain daripada seni visual itu
sendiri, persoalan dan tanggapan Malaysia turut di perkataan dalam medium lain
seperti dalam penulisan sastera, seni lakon dan teater, seni suara, di ruang
alam siber, malah pergerakan bebas di jalanan yang turut menggunakan medium
seni dalam berekspresi. Dan apakah seni visual itu sendiri seiring dengan apa
yang berlaku disekitar ataupun kita masih didalam trauma perbalahan etnik 1969,
yang masih bercakap tentang konflik dan ketegangan berpusar pada tuntutan kuasa
dan keunggulan yang pernah di respon oleh para pengamal seni abtsrak dan
ekspresionis.
Kelahiran karya yang bersifat peminggiran dan
hal berkaitan krisis identiti? Adakah masih di takuk yang sama atau pun kita sudah
bergerak pada satu titik yang lebih memberansangkan ataupun ianya bertambah
kronik hasil dari perbalahan dalam sistem politik dan keadaan sosial yang
sedang berlaku sekarang?
Pengulangan demi pengulangan
mengingati pameran “Kearah hakikat mistik” (towards a mystical reality ) oleh
Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa pada 1974 adalah dianggap satu pameran yang banyak
mempersoalkan kembali dimana posisi pengkarya Malaysia pada ketika itu. Dua
isu fundalmental yang diperkatakan didalam pameran itu adalah berkisarkan
tentang ‘Perkaitan idea formal estatik
dalam karya seni dan juga konsep humanis yang melihat seniman sebagai
makhluk unik serta keterlibatan ego seniman dalam penciptaan sebenar dalam
karya seni.
Saya tertarik dengan pengulangan
humanis yang di gunakan pakai dalam
penulisan ‘Kearah hakikat mistik’ oleh kedua-dua pengkarya seni ini. Perkataan
mistik yang dibandingkan dengan menolak formalis dan estetik barat, berlawanan realiti
dan juga pandangan saintifik. Satu kepercayaan yang bukan bersifat agama tetapi
ianya lebih berhubungan dengan penonton seni ketika itu dalam menggunakan
penyataan humanisme. Dan itu adalah pada tahun 1970an. Adakah penyataan dari
pameran ini berkembang sebagai satu rujukan yang dilihat penting ataupun ianya
hanya diangkat sebagai satu kitab suci dalam seni visual itu sendiri?
Ataupun pemikiran ekstrimis sudah
mengambil alih penyataan humanis yang telah di nyatakan? Dan perkara utama yang
menjadi penegasan didalam pameran ini adalah sifat karya itu sendiri bagaimana
ianya berhubungan dengan penonton seni dalam persepsi ruang/masa/rasa.
Dalam apa yang di katakan diatas,
adakah ianya masih relevan dengan isu yang bersifat terkini? Ataupun atau
pemikir,penulis,kurator dan para penggiat seni
sudah bergerak pada satu paksi yang melebihi tanda aras sebelumnya?
Saya berbalik kepada Selamat Hari
Malaysia-M50 yang mana terdapat beberapa hal yang dianggap penting untuk kita
lihat semula. Saya merasakan mentaliti taboo untuk menyimpan keresahan dan
ketidak jelasan beberapa hal cukup memberatkan pandangan saya dari sudut
susurmasa perkembangan karya dan perbincangan kritikal di ruang seni visual
yang lebih bersifat terkini. Sekiranya contoh-contoh kejadian,acara atau
pameran terus dirujuk dari 20 tahun kebelakang adakah ianya masih boleh dirujuk
lagi?Bagaimana dengan 3 tahun kebelakangan atau lima tahun yang lepas? Mustahil
tidak ada kontroversi seni visual yang berlaku.Ataupun akhir-akhir ini,
aktiviti dan pameran kesenian yang diluar jangkaan penonton ataupun berbau
radikal tidak boleh dibincangkan seperti mana polemik yang berlaku dalam
perdebatan ‘Kearah hakikat mistikal’ (towards a mystical reality) yang mana
pada Jun 1975,Majalah Dewan Sastra,keratan bertajuk ‘Satu lagi jawaban buat
Siti Zainon’ yang ditulis oleh Redza Piyadasa yang menjawab penyataan Siti
Zainon yang mempersoalkan kembali manifesto ‘kearah hakikat mistik’ pada waktu
itu. Mungkin saya tidak mengetahui banyak hal yang berlaku untuk waktu itu,
tetapi saya cuba berada pada waktu sekarang dan kadangkala memandang kebelakang
dalam mengambil contoh yang boleh dianggap sihat untuk digunapakai dan mungkin
perlunya melangkah lebih sedikit dari apa yang telah terdahulu mulakan.
Saya berbalik kepada terkini, yang mana beberapa minggu lepas pameran ini
berlangsung, cerita panas karya yang di diturunkan untuk dipamerkan semakin
suram. Suram bermaksud bukanlah ianya sudah cukup diperbincangkan, kefahaman
‘taboo’ mengenai satu perbincangan kearah memperbaiki dan membuka ruang diskusi
yang lebih terbuka tidak menjadi kebiasaan dalam ruang kebudayaan kita. Konsep
menjadi kritis yang difahami apabila kita merespon dalam menyalahi pihak pihak
tertentu, persoalan kebenaran apabila ada pihak yang menang dan kalah,
persoalan aktivis apabila pihak dari partisan politik mempersoal dan
memperjuangkan satu agenda yang bersifat humanis. Adakah perkara-perkara ini
benar? Adakah apabila kita mengkritik hanya perlu meletakkan kesalahan tanpa
ada jalan penyelesaian? Dan sebuah kritikan yang tidak mentafsir dan menilai sudah
tentu tidak menyempurnakan tugas kritikan, malah penafsiran kritikan adalah
untuk meningkatkan kesedaran kesenian dan ianya adalah untuk dasar kemajuan
pemikiran.
Dan benarkah sesuatu perkara jatuh hukum
menjadi benar dan iya perlu di isytihar
menjadi pemenang atau jaguh? Dan menentang sistem dari posisi parti haluan kiri
hanya boleh dianggap aktivis?
Malah sekiranya kita melihat semula
salah satu karya yang diturunkan dalam pameran m50 adalah karya oleh J
Anurendra yang bertajuk ABC for the middle –aged middle classes. Ini adalah
satu karya yang terdiri daripada 27 karya bersaiz tidak lebih dari 25 cm x 22
cm dan karya ini diturunkan apabila adanya teguran dari pihak awam yang
menginterpertasikan karya ini hanya dengan 1 karya dari 27 siri yang digantung.
Dan untuk ruang pameran bagi pengkarya ini juga bukanlah hanya 27 karya ini
sahaja, terdapat 13 lagi yang bertajuk
In The Light Of The Day, Meanwhile, Family Gathering, Same Old Fish, The
Elephant In The Room, Never Endingstory, Kontrantasi, Vindaloo And The Leg Of
Mutton, Potrait Of My Mother As The Queen, This Is Where We Live, M Is For
Mahathir & Prophecy. Ini adalah karya dari beliau yang turut serta dalam
pameran yang menggunakan ruang awan di Publika dalam berkongsi karya seni
dengan penonton. Dominasi dan isu yang diangkat oleh blogger bebas ini berjaya
menarik perhatian pihak-pihak tertentu dalam beliau cuba menginterpertasikan
karya seni dari sudut pandangan sentimen perkauman dan agama.
Dari apa yang telah berlaku, boleh
kita andaikan kini sejauh mana masyakarakat mulai peka terhadap seni visual dan
peranan penggiat seni dalam menyampaikan sesuatu idea dan isi melalui karya
seni. Walaupun pada hemat saya, sekiranya keseluruhan karya ini yang berjumlah
40 keping disatu ruang awam yang luas dipamerankan, keprihatinan yang tidak
boleh dijangka dari penonton seni telah menenggelamkan imajan karya lain yang
mana boleh dikatakan ada diantara karya selebihkan cukup buat penonton berfikir
tentang bagaimana pelukis bertindakbalas terhadap pensejarahan dan keadaan
semasa politik di Malaysia. Memang tidak disangkalkan juga, J anurendra sendiri
adalah antara pengkarya seni yang banyak perkatakan tentang keadaan politik di
Malaysia dengan menggambarkan keadaan,aktiviti dan beberapa spesifik kejadian
yang mencerminkan keadaan striktur sosial, ekonomi dan kedudukan kaum dalam
Negara ini. J anuredra meletakkan diri beliau sebagai seorang pemerhati dalam
merakam kejadian sekeliling dan berkongsi karya dalam ruang yang lebih terbuka
dan dibuka untuk di bincangkan.
Perkataan I for Idiot ini, telah
memadamkan ingatan penonton pada keseluruhan tajuk karya yang dipamerkan.Manipulasi
dari sudut karangan dan penulisan telah memperlihatkan imej pada karya ini.Imajan
huruf I for idiot dikaitkan dan diandaikan dengan perkataan islam adalah kerana
konsistensi J dan K adalah diletakkan dengan J for Jesus dan K for Krisna.
Penyambungan siri karya yang bersifat alphamatic ini I, J dan K ini secara
tidak langsung telah dilihat menunjukkan satu perbandingan 1 agama dan 2 ikon
figura dari agama yang lain. Selain daripada itu juga, imej bendera yang
terdiri dari belang merah dan putih menambahkan lagi kekeliruan penonton
tentang adakah imej bendera itu menolak ‘Jalur Gemilang’ ataupun ianya adalah ‘Star
Spangled Banner’. Dan apabila satu ayat dengan tulisan arab yang berbunyi
‘Bismillahirahmanirahim’dan membawa maksud ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang’ dimasukan sebagai sebahagian imej karya dalam posisi pembalikkan
(reflection) ianya menambahkan lagi sokongan mengatakan bahawa karya ini cukup
membakar sentimen dan sensitiviti.
Dan apabila dilihat semula penyataan dari
pengkarya tentang hal ini, ianya adalah berbeza dari apa yang di
interpertasikan oleh penulis tersebut.Dari penyataan Pengkarya, beliau cuba menyatakan tentang
pergolakan yang di timur tengah yang berhubung kait dengan system pemerintahan
USA yang mana Negara Baghdad menjadi mangsa pergolakan. Kuasa besar ini telah
memberi impak kepada ekonomi dunia. Memang bunyinya agak janggal untuk diterima
pakai,tetapi adalah sebagai penulis atau penonton seni kita perlulah
bersifat terbuka dengan memberi ruang untuk pengkarya memberi penjelasan dan
sekiranya ianya perlu ditolak, rasionaliti dan menghindari memasuki ruang
berbaur rasis perlulah dielakkan. Dan sekiranya kita melihat semula fahaman
terhadap makna hakiki dan makna tersembunyi atau ‘latent meaning yang disebut
oleh Freud, yang mengaitkaninterpretasi adalah berbangkit dari penentu
prinsip-prinsip yang dasar kepada imajan-imajan yang melahirkan maksud sikap
dasar sesuatu bangsa ,suatu zaman,suatu kelas, ugama atau pengaruh falsafat
yang dengan tidak di sedari,disalurkan oleh seseorang ke dalam karyanya.
Ciri-ciri ini yang disebut ‘symbolical values’atau nilai simbolis (yang
kadang-kadang tidak disedari artis itu sendiri dan mungkin juga secara
kebetulan berbeda dengan apa yang hendak di ekspresikan) dan ini adalah antara
perkara utama ikonografi yang bergantung kepada proses synthesis dan analisis supaya
ianya ditafsir secara ikonografi yang lebih mendalam.
Tujuan saya menyebut semula
imej-imej yang digunakan oleh pengkarya ini bukan lah untuk memperlihatkan
unsur-unsur radikal atau satu penentangan, tetapi saya menganggap untuk
mengadili dan menginterpertasi imajan pada karya yang sudah statatik perlulah
mempunyai keseimbangan dalam memberi pandangan. Hal ini adalah untuk rasa
tanggungjawab sebagai seorang penulisan yang meletakkan pandangan bersifat
individu dalam perkata yang sama statiknya seperti imajan dalam karya.
Mentaliti pembaca dan orang awam
tidak boleh disangkalkan dan tidak boleh dipandang remeh. Akal dan kreativiti
berimaginasi dari perkataan yang diletakkan boleh mengawal dan mendominasi para
pembaca malah ianya boleh menjadi api sekiranya ianya tidak dirujuk kepada ilmu
yang lebih spesifik.
Seperti contoh sekiranaya ada hal
keraguan dalam hal keagamaan haruslah dirujuk kepada ahli dan kitab agama,
sekiranya medium permasalahan berkaitan hal hukum dan perundangan ianya
haruslah dirujuk kepada hakim, peguam dan badan perundangan.Tetapi sekiranya
kita mempunyai keraguan dan ketidakpastian hal-hal kesenian, haruslah dicari
ilmuan seni,para professor seni ataupun merujuk buku pensejarahan seni Malaysia
dalam hal yang pernah terjadi sebelum ini. BALAI RUNG mana yang seharusnya kita
rujuk sebelum ianya dihukum atau di pertikaikan? Ini sama seperti menelan rojak
yang isi kandungan kadang-kadang tidak sesuai untuk dicampur adukkan malah akan
membawa kesan kepada individu mengikut sensitiviti masing-masing.
Tetapi perlu diingatkan lagi, ini
bukan alasan untuk membenarkan cara. Ini berarti, bukanlah rujukan –rujukan ini
sempurna,malah kadangkala timbangrasa,perikemanusiaan, kreativiti mengolah imaginasi
dan kekuatan memahami simbol dan makna perlu digunakan sekiranya para pengkarya
seni menyedari bahawa imej statik ini akan bercakap dengan penonton seni. Ianya
sudah melebihi sebuah karya seni yang digantung didinding, ianya penyampai rasa
secara jujur, mendidik orang yang melihat karya, menghasut, memukau, menakutkan
dan kadang-kadang ianya mengganggu prinsip tertentu,dan kadang-kadang ianya
melebihi jangkaan dari pelukis itu sendiri. Perbincangan dan penyatuan dalam mencari
rasionaliti tidak di endahkan. Perbincangan yang sepatutnya menjadi tanda aras
kematangan proses mengadaptasikan idea kepada karya visual juga turut tidak
berlaku.
Adakah kita benar-benar bersedia
untuk melihat seni kontemporari yang
benar-benar cerminan keadaan masyarakat dan pergolakkan semasa dan politik
Malaysia? Adakah pengkarya seni sedar bahawasanya karya yang mereka katakan itu
adalah persoalan kepada ruang yang besar dan ianya perlu ada tanggungjawab? Cukupkah
kurator dan penulis seni di Malaysia bertanggungjawab mengupas hal-hal
berbangkit sebegini? Apakah seni komersial itu menjadi sandaran pengkarya
Malaysia untuk bergelanggang di ruang kontemporari? Perlukah seni komtemporari ada sifat melampaui batas,
kurang ajar, melanggar moraliti dan agama atau penuh sikap ‘ANTI’?.
No comments:
Post a Comment